Redknapp – Tiada Sentuhan Ajaib.

Harry Redknapp tidak mahu bermegah dengan apa yang telah dicapainya bersama Tottenham Hotspur setakat ini walaupun kehadirannya telah membina semangat baru pemain-pemain Spurs sehingga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan semenjak berada di bawah kendaliannya. Ia berikutan kemenangan terbaru Spurs yang mengejutkan pasukan Manchester City 2-1 dalam saingan EPL Ahad lalu. Kemenangan itu juga menyaksikan kelab itu meningkat ke tangga ke-16 liga selepas terperosok ke dasar liga pada awal musim ini.
Semenjak Redknapp tiba dari Portsmouth dua minggu lalu, Spurs telah meninggalkan label pasukan kalah yang terpalit kepada mereka sejak musim baru bermula.
Redknapp mengakui bahawa beliau sendiri tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada Spurs kini. Redknapp berkata, “Saya hanya cuba mengenali pemain-pemain, bercakap dengan mereka dan memberi dorongan kepada pemain-pemain. Saya hanya beritahu mereka supaya lebih yakin kepada diri sendiri.”
“Kami mempunyai ramai pemain yang baik. Saya cuma mewujudkan suasana latihan yang menyeronokkan dan melatih mereka di tempat yang lebih selesa. Ini boleh disaksikan selepas perlawanan menentang City di mana kami meraikannya seolah-olah kami telah merangkul satu piala kejuaraan.
Redknapp juga memuji penyerangnya, Darren Bent yang kini berada dalam prestasi terbaiknya. Bent telah menjaringkan sejumlah sebelas gol musim ini dan membantu Spurs keluar dari belenggu kekalahan.
“Beberapa minggu lalu kami hanya memungut dua mata sahaja dan situasi itu amat menakutkan kami. Kini kami perlu terus mencatat kemenangan untuk meningkatkan kedudukan dalam liga. Persaingan semakin sengit namun kedudukan empat tangga teratas sememangnya menunjukkan empat pasukan terbaik EPL setakat ini.”
Spurs mencatat rekod terburuknya dalam sejarah kelab itu ketika di bawah kendalian Juande Ramos apabila hanya memungut dua mata dan hanya menjaringkan lima gol dari lapan perlawanan EPL.
| 3.1 |






















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.