IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Real Madrid Yakin Dapat Pikat Ronaldo.

Pemangku Presiden Real Madrid, Vicente Boluda yakin kelab itu bakal mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Boluda, yang dikatakan akan memegang jawatan tertinggi dalam kelab itu selepas Ramon Calderon meletak jawatan bulan lalu, menambah spekulasi yang pemain Portugal itu akan ke Sepanyol apabila berkata, “Saya amat berharap dapat melihat Ronaldo beraksi di Barnebeu.”

Real tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk mendapatkan khidmat Pemain Terbaik Dunia itu dan kenyataan mutakhir dari kelab itu akan sekali lagi menimbulkan suasana panas di Old Trafford, yang menimbulkan perbahasan antara kedua-dua kelab sejak musim panas yang lalu.

Laporan dari Sepanyol sejak seminggu lalu menyatakan yang Real sudah mempunyai wang yang cukup untuk membeli Ronaldo, malahan mendakwa yang perjanjian awal dengan pemain itu telahpun dicapai.

Bagaimanapun, United yang masih mahu mengekalkan pemain itu, sedikitpun tidak terganggu dengan dakwaan terbaru itu.

Boluda akan memangku jawatan itu sehingga ke akhir musim dan tidak akan bertanding dalam pemilihan yang diadakan manakala bekas pengerusi, Florentino Perez menjadi pilihan untuk menjawat jawatan presiden kelab itu.

Namun begitu, Boluda mengakui yang beliau berharap calon yang menang akan menyambung kontrak jurulatih Juande Ramos selepas bekas pengurus Tottenham Hotspur itu berjaya meningkatkan semula prestasi Real sejak mengambil alih jawatan jurulatih beberapa bulan lalu.

Ramos menggantikan Bernd Schuster pada bulan Disember lalu dan berjaya memacu prestasi kelab itu sehingga mengecilkan jurang kepada sepuluh mata sahaja dengan pendahulu liga, Barcelona, dengan kelab itu hanya melepaskan satu gol sahaja dalam lapan perlawanan terakhir mereka.

Rate this:
2.5

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)