MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Kedudukan Malaysia Naik Tiga Anak Tangga.

Malaysia naik tiga anak tangga untuk menduduki kedudukan 166 dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini. Sebelum ini Malaysia berada di kedudukan 169 ranking FIFA. Peningkatan ini dikatakan berpunca dari persembahan baik yang dipamerkan skuad negara dalam Kejohanan Antara Benua baru-baru ini.

Thailand mendahului negara Asia Tenggara yang lain apabila menduduki tempat ke-111 diikuti oleh Vietnam di tempat ke-124, Singapura di tempat ke-127, Indonesia di tempat ke-132 dan Myanmar di tempat ke-164. Di bawah kedudukan Malaysia adalah negara seperti Filipina di kedudukan ke-169, Kemboja (ke-184), Brunei Darussalam (ke-187), Laos (ke-189) dan Timor Leste (ke-199). Ini bermakna Malaysia hanya berada di kedudukan ke-6 di kalangan negara Asia Tenggara iaitu satu kedudukan yang masih belum memuaskan hati bagi peminat bola sepak negara ini. Di peringkat Asia pula, Malaysia berada di kedudukan ke-31 dari 46 negara Asia yang tersenarai.

Berikut dipaparkan kedudukan Malaysia dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA pada 2 Julai 2008 :

Ranking Malaysia Di Kalangan Negara Asia.

Apapun, kita gembira kerana negara kita ada peningkatan tiga anak tangga dalam ranking bola sepak dunia. Namun, bagi peminat bola sepak negara ini, diharap kedudukan ini akan memberikan semangat tambahan kepada pemain-pemain untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kejohanan-kejohanan akan datang. Janganlah selepas ini kedudukan Malaysia jatuh pula ke bawah. Sekarang inipun jurang kita dan Thailand sudah terlalu jauh walaupun pada suatu ketika dahulu taraf kita dan Thailand sama sahaja. Semoga kita tidak dihampakan lagi oleh skuad negara kita.

Jumpa lagi di artikel lain.

Sila klik untuk melihat koleksi artikel.

Rate this:
2.5

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)