Ramos Salahkan Polisi Penjualan Pemain Spurs.

Juande Ramos menyalahkan polisi penjualan pemain Totenham Hotspur di bawah kendalian Pengarah Sukannya, Damien Comoli sebagai punca kejatuhan prestasi pasukan itu dalam saingan EPL musim ini. Ramos juga mendakwa bahawa beliau tidak diberi peluang secukupnya untuk mengendalikan kelab itu.
Ramos kehilangan jawatannya sebagai ketua jurulatih Spurs minggu lalu kepada Comoli yang meluluskan beberapa penjualan pemain yang akhirnya memberikan impak kepada pasukan itu. Spurs yang kini berada di tangga terbawah EPL mengalami kemerosotan mendadak selepas menjual Dimitar Berbatov dan Robbie Keane dengan nilai melebihi 50 juta pound. Kelab itu juga gagal membeli pemain yang bersesuaian untuk menampung ketiadaan pemain-pemain itu menyebabkan keadaan semakin teruk.
Dalam surat terbukanya yang disiarkan di laman web peribadinya, Ramos mendedahkan tentang kesukaran yang dihadapinya untuk mengendalikan perubahan dalam kelab itu. Walaupun mempunyai beberapa pemain muda di dalam skuad itu namun mereka masih belum cukup matang untuk menghadapi cabaran dalam saingan EPL.
Pemergian Berbatov dan Keane yang mempunyai sentuhan gol yang tinggi menyebabkan ruang kosong wujud di bahagian serangan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kelab itu.





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.