MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Ramadhan Tiba, Bola Sepak Bagaimana ?

Bulan Ramadhan al-Mubarak kini tiba lagi. Ini bermakna umat Islam akan berpuasa selama sebulan sebelum menyambut Hari Raya Aidil Fitri di bulan Syawal. Ini juga bermakna amalan baik perlu diperbanyakkan manakala amalan mungkar dielak seboleh mungkin. Di bulan Ramadhan nanti, segala aktiviti fizikal yang mengerah kudrat perlu dikurangkan demi menjamin ketahanan diri sehingga tiba waktu berbuka.

Sukan bola sepak merupakan salah satu sukan yang memerlukan penglibatan fizikal yang agresif. Tenaga banyak dikeluarkan sewaktu kita bermain bola. Oleh itu di bulan Ramadhan kita perlu mengurangkan aktiviti bola kita di samping mengubahsuai masa permainan. Jika sebelum puasa kita boleh bermain bola di waktu petang mungkin di bulan puasa nanti kita bermain pula di gelanggang futsal pada waktu malam pula.

Bagi mereka yang sememangnya pemain bola sepak profesional, kerjaya mereka sebagai pemain tidak boleh dihentikan. Mereka masih perlu berlatih demi mengekalkan tahap kecergasan diri mereka. Biasanya pasukan-pasukan negeri tetap akan menjalankan latihan di bulan Ramadhan nanti itupun dilakukan pada sebelah malam sebagai langkah memastikan pemain-pemain mereka akan terus cergas sehingga musim baru tiba lagi. Cuma latihan di bulan Ramadhan nanti tidaklah sekeras hari biasa dan masa latihannya pula tidaklah lama seperti biasa.

Bagi pihak pengurusan pasukan pula, inilah masanya untuk mereka mengatur strategi baru bagi menghadapi musim yang akan datang. Memandangkan khidmat tenaga import sudah tidak diperlukan lagi pada musim depan maka inilah masanya pihak pengurusan mengintai-intai bakat tempatan yang boleh diserap masuk ke dalam pasukan mereka. Jika ada mana-mana gaji pemain yang masih tersangkut, eloklah kiranya pihak pengurusan mengusahakan sesuatu agar ia dapat dilunaskan sebelum bulan Syawal menjelang tiba.

Kejohanan utama di negara kita telahpun berakhir selepas berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia minggu lalu. Ini bermakna tiada lagi kejohanan tempatan yang akan berlangsung buat masa ini terutama pada bulan Ramadhan. Bagaimanapun, bagi peminat-peminat bola, sokongan terhadap bola sepak tidak berhenti setakat ini. Mereka masih banyak pilihan lagi untuk menyaksikan permainan bola sepak yang mereka minati ini. Kebetulan kebanyakan liga utama dunia sudahpun membuka tirai musim baru. Maka peminat-peminat bola dapat memenuhi masa-masa lapang mereka dengan menonton perlawanan liga-liga tersebut di televisyen mereka. Mereka juga boleh berkumpul beramai-ramai selepas ibadah Terawih sambil meluahkan pandangan masing-masing mengenai perlawanan tersebut. Paling menarik, mereka boleh terus menunggu untuk bersahur pula bersama-sama selepas menyaksikan perlawanan berkenaan.

Ternyata, bulan Ramadhan bukanlah halangan untuk kita terus berkecimpung dalam arena bola sepak yang kita cintai ini. Kita masih boleh bermain cuma kita perlu menyesuaikannya dengan situasi di bulan Ramadhan. Janganlah menjadikan bulan Ramadhan sebagai alasan untuk melupakan terus permainan bola. Paling teruk, jangan pula jadikan bola sepak sebagai alasan untuk tidak berpuasa!

Selamat berpuasa. Jumpa lagi di lain artikel.

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)