MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Podolski Ingin Tinggalkan Bayern Munich.

Lukas Podolski berkemungkinan akan bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas dia dilaporkan berkata yang dia mahu meninggalkan kelabnya, Bayern Munich apabila pintu perpindahan pemain dibuka pada bulan Januari nanti.

Pemain Jerman berusia 23 tahun itu adalah salah seorang bintang skuad bimbingan Joachim Loew yang bersinar semasa pusingan akhir EURO’08 dengan ledakan tiga gol sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Bagaimanapun, ketika Podolski meninggalkan impak besar dalam kejohanan itu tetapi sebaliknya dia bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama di Allianz Arena.

Podolski yang hanya menyaksikan dari tepi padang ketika Bayern menundukkan Energie Cottbus dalam saingan Bundesliga Sabtu lalu hanya empat kali diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini oleh jurulatihnya, Jurgen Klinsmann. Klinsmann didapati lebih menyukai gandingan Miroslav Klose dan penyerang Itali, Luca Toni untuk mengetuai jentera serangan Bayern.

Keadaan semakin tidak menyebelahi Podolski apabila dikhabarkan rakan sekelab David Beckham di Los Angeles Galaxy, Landon Donovan bakal menyertai Bayern pada bulan Januari nanti secara pinjaman. Ia secara tidak langsung menambahkan saingan buat Podolski.

“Saya telah berfikir mengenai perkara ini dan saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab ini pada bulan Januari nanti. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pihak pengurusan kelab,” tegas Podolski.

Dua kelab Inggeris iaitu Manchester City dan Tottenham Hotspur merupakan dua kelab yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Podolski selepas aksi cemerlangnya di EURO’08. Bagaimanapun, Bayern tidak bercadang melepaskan pemain itu yang dikatakan mempunyai nilai sekurang-kurangnya 15 juta Euro.

Bekas kelabnya, Cologne pasti menjadi pilihan utama Podolski untuk berpindah sekiranya Bayern bertukar fikiran membenarkan permintaan pemain yang telah menjaringkan 31 gol dari 60 penampilan bersama Jerman itu.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)