Piala AFC - Safa Waspada Hadapi Perak.

Jurulatih kelab Safa SC, Samir Saad mahu semua pemainnya menumpukan perhatian terhadap perlawanan menentang Perak dalam saingan suku akhir pusingan kedua Piala AFC hari ini. Kelab Lebanon itu kini berada di kedudukan yang selesa selepas menang 2-0 dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Ipoh hasil jaringan Rony Azar dan Hamid Termina. Bagaimanapun, Saad tidak mahu pemainnya terlalu yakin selagi masa permainan selama 90 minit lagi belum berakhir. Saad juga mengatakan bahawa mereka kini telah mengetahui kelemahan dan kekuatan Perak berdasarkan perlawanan pertama itu.
Saad amat berharap pemainnya akan menunjukkan komitmen yang sama seperti perlawanan pertama. Kemenangan itu katanya, memberikan motivasi dan keyakinan untuk meneruskan kecemerlangan dalam perlawanan menentang Perak nanti. Pemain-pemainnya juga telah diberikan rehat secukupnya selepas menempuhi perjalanan yang jauh ke Malaysia.
Satu lagi perlawanan yang melibatkan pasukan dari Malaysia adalah perlawanan antara Kedah menentang kelab Bahrain, Muharraq di Stadium Darul Aman malam ini. Kedah tewas 0-5 kepada Muharraq dalam perlawanan pusingan pertama di Bahrain.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala AFC yang akan berlangsung hari ini.

| 3.0 |






















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.