IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Petr Cech Akan Direhatkan Dalam Perlawanan Menentang APOEL.

Petr Cech hampir pasti direhatkan dalam perlawanan terakhir pasukan Chelsea dalam saingan Liga Juara Eropah menentang APOEL hari ini tetapi bukan disebabkan oleh kesalahan yang dilakukannya dalam perlawanan menentang Manchester City hujung minggu lalu.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti secara terang menyalahkan Cech yang melepaskan gol sepakan percuma Carlos Tevez dalam saingan EPL hari Sabtu lalu, namun turut meletakkan kesalahan atas kekalahan 1-2 itu kepada barisan pemain tengahnya kerana tidak menjana bahagian tengah dengan baik.

Itu mengelirukan pandangan awam kepada Cech, yang tidak turun berlatih bersama skuad Chelsea pada hari Isnin dan juga hampir pasti tiada dalam senarai pemain yang akan diturunkan menentang juara Cyprus itu di Stamford Bridge.

Selain Cech, beberapa pemain utama lain seperti John Terry, Michael Ballack dan Ashley Cole juga bakal direhatkan.

Ancelotti bagaimanapun bingkas mempertahankan kegagalan pemain tengah England, Frank Lampard yang gagal menyempurnakan sepakan penalti buat kali pertama sejak September 2006 apabila Shay Given menafikan sepakannya pada minit ke-83.

“Saya tidak menyalahkan Frank. Semasa latihan, dia adalah pemain yang paling banyak berlatih melakukan sepakan penalti berbanding pemain-pemain lain,” kata Ancelotti.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)