Pertandingan Bola Sepak Rumah Sukan SKSA.
Bola Sana Sini minggu ini memaparkan berita tentang pertandingan bola sepak antara rumah sukan di Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SKSA), Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pertandingan ini adalah pertandingan tiga penjuru yang melibatkan Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum sekolah ini menggunakan format liga di mana pasukan yang menduduki tempat teratas akan diisytiharkan sebagai juara diikuti naib juara dan tempat ketiga.
Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah diadakan di padang SKSA pada 6 dan 9 Ogos 2008 yang lalu serta kedudukan pasukan dalam liga.


Pasukan Rumah Merah telah diisytiharkan sebagai juara, Rumah Kuning sebagai naib juara manakala Rumah Hijau di tempat ketiga.
Berikut adalah gambar-gambar pasukan yang bertanding dan aksi-aksi pemain yang sempat dirakamkan sepanjang pertandingan ini berlangsung.














Kiriman Bola Sana Sini minggu ini adalah kiriman Cikgu Zaida dari Shah Alam, Selangor.
riezer - Aktiviti seumpama ini bagus untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah pada masa depan. Ia patut diteruskan dan sepatutnya turut mendapat kerjasama dari ibu bapa dan masyarakat sekitar. Barulah bola sepak negara kita akan berkembang maju…
Sekiranya anda ada gambar-gambar aktiviti bola anda bersama rakan-rakan boleh e-melkan kepada kami ke alamat berikut :
riezda@yahoo.com
| 3.0 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.