IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Persefahaman Dicapai, Johnson Tunggu Masa Sertai Liverpool.


Pemain pertahanan kanan England, Glen Johnson hampir pasti menyertai Liverpool setelah ‘The Reds’ mengesahkan mendapat persetujuan Portsmouth dan pemain itu.

Liverpool telah dikaitkan dengan Johnson sejak beberapa minggu lalu manakala Pengerusi Eksekutif Pompey, Peter Storrie mendakwa yang bekas kelab Johnson, Chelsea sanggup membayar 18 juta pound untuk mendapatkan pemain pertahanan itu.

Rafael Benitez enggan menyatakan pandangannya terhadap Johnson namun kehadiran Johnson kelihatan akan membuatkan Alvaro Arbeloa bakal dijual kepada Real Madrid pada masa akan datang.

“Glen menunjukkan aksi memberangsangkan musim ini bersama kami dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain terbaik di bahagian pertahanan kanan dalam liga dan negaranya,” kata Storrie.

“Saya mengenali Glen sudah sekian lama sejak dia bermain dengan kelab West Ham dan dia ada memberitahu saya andainya ada di antara empat kelab terbaik EPL yang bertanya tentangnya, pasti dia akan memilih untuk berpindah kerana dia ingin bermain dalam saingan Liga Juara Eropah musim depan,” tambah Storrie.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)