MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Persaingan Sengit Cari Tiket Ke Suku Akhir.

Saingan Piala Malaysia kini sampai ke peringkat terakhir untuk menentukan lapan pasukan terbaik yang akan layak ke pusingan suku akhir. Pasukan Selangor dan Johor FC menjadi dua pasukan terawal mengesahkan tempat ke suku akhir. Ini berikutan mata yang mereka perolehi sudah tidak mampu dicabar oleh pasukan lain dalam kumpulan masing-masing.

Pasukan Selangor yang mendapat tiga mata percuma hasil hukuman yang dikenakan ke atas Negeri Sembilan sudah sah menjuarai Kumpulan A. 22 mata yang dipungutnya sudah tidak mampu dipintas oleh pasukan di tangga kedua iaitu pasukan Terengganu yang memungut 16 mata. Kedudukan Terengganu pula masih dalam bahaya kerana pasukan itu mampu disingkirkan dari langkahan ke suku akhir jika tewas dalam perlawanan terakhirnya menentang Sarawak. Dengan perbezaan gol yang lebih baik, Terengganu(kredit 5 gol) masih boleh layak jika hanya seri dalam perlawanan terakhir. Dua lagi pasukan yang bersaing iaitu Kelantan (14 mata-kredit 1 gol) dan Negeri Sembilan(13 mata-defisit 1 gol) terpaksa melalui laluan yang berliku kerana mereka terpaksa bertemu sesama sendiri dalam perlawanan terakhir nanti. Andainya Kelantan menang perlawanan itu, mereka layak sebagai naib johan kumpulan itupun jika Terengganu kalah. Jika Terengganu seri, penentuan akan dibuat melalui perbezaan jaringan. Kedudukan Negeri Sembilan lebih perit. Mereka perlu menang besar perlawanan terakhir nanti sambil mengharapkan Terengganu tewas dengan jaringan yang banyak kepada Sarawak. Dua lagi pasukan dalam Kumpulan A ini iaitu Sarawak (9 mata) dan Melaka (4 mata) sudahpun tersingkir dari saingan ke suku akhir.

Dalam Kumpulan B, Johor FC (20 mata) walaupun sudah layak ke suku akhir namun belum tentu muncul sebagai juara kumpulan. Ini berikutan Kedah (18 mata-kredit 13 gol) masih mampu muncul juara kumpulan jika mengalahkan Johor FC dalam perlawanan terakhir nanti. Namun andainya Kedah kalah kepada Johor FC nanti, PDRM (15 mata-kredit 9 gol) masih boleh memintas kedudukan Kedah jika menang besar ke atas Sabah. Bagaimanapun, jika Johor FC dan Kedah seri, kedua-dua pasukan akan layak ke suku akhir sebagai juara dan naib juara Kumpulan B. Tiga pasukan lagi iaitu Kuala Lumpur (11 mata), Sabah (7 mata) dan Pulau Pinang (4 mata) sudahpun tersingkir dari saingan suku akhir.

Kumpulan C turut menjanjikan saingan sengit dari tiga pasukan iaitu UPB/MyTeam (21 mata-kredit 5 gol), Perlis (19 mata-kredit 12 gol) dan Perak (18 mata-kredit 12 gol). Secara matematik, UPB/MyTeam hanya perlu seri dalam perlawanan terakhirnya menentang Perak untuk layak ke suku akhir. Jika seri, Perak terpaksa mengharapkan belas ihsan Johor PG untuk mengalahkan Perlis dalam satu lagi perlawanan. Jika itu berlaku, Perak akan layak berdasarkan perbezaan jaringan. Namun jika Perak tewas, Perlis tidak perlu menunggu sehingga perlawanan tamat kerana sama ada kalah atau seri mereka telahpun layak sebagai naib juara kumpulan pada masa itu. Namun, untuk lebih selamat Perlis perlu menang perlawanan terakhir mereka tanpa mempedulikan keputusan perlawanan lain. Satu lagi kemungkinan ialah UPB/MyTeam akan tersingkir dari melangkah ke suku akhir andainya Perlis dan Perak menang perlawanan terakhir mereka.Tiga lagi pasukan iaitu Johor PG (10 mata), Pahang (10 mata) dan ATM (tiada mata) telahpun tersingkir awal.

Memandangkan hanya enam pasukan yang layak secara automatik dari setiap kumpulan maka terdapat dua lagi tempat ke suku akhir yang perlu diisi. Dua pasukan di tempat ketiga yang mempunyai mata terbanyak akan terpilih mengisi slot yang masih kosong. Dalam kes ini, pasukan yang tidak mampu menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan masing-masing tetapi menduduki tempat ketiga berpeluang ditawarkan tempat ke suku akhir berdasarkan jumlah mata dan perbezaan gol yang mereka perolehi. Maksudnya, kesemua pasukan yang disebutkan tadi masih mempunyai ruang untuk menyelit ke suku akhir walaupun tidak menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan mereka.

Analisis ini menunjukkan betapa sengitnya perebutan tiket ke suku akhir. Pasukan Selangor dan Johor FC sudah boleh menarik nafas lega tanpa menunggu keputusan perlawanan terakhir mereka. Namun kedua-dua pasukan pasti tetap turun dengan komitmen seratus peratus untuk memastikan langkahan bergaya ke suku akhir. Enam tiket yang masih kosong menjanjikan pertempuran sengit sesama pasukan itu. Semoga pasukan yang anda sokong akan berjaya merebut tiket ke suku akhir Piala Malaysia yang merupakan paling berprestij di negara ini.

Anda mahu pasukan anda muncul juara? Undilah juara Piala Malaysia pilihan anda sekarang. Jumpa lagi.

Klik untuk lihat kedudukan terkini kumpulan Piala Malaysia.

Rate this:
2.7

2 Comments »

  1. Comment by no imageRonda2 (Who am I?)

    Pada Saya ulasan anda kurang tepat. Kumpulan C tidak payah diusik lagi kerana tiga pasukan teratas sudah pun layak ke suku akhir tanpa mengambil kira sebarang keputusan perlawanan malam ini.

    Tidakkah anda fikir dengan 18 mata dipungut Perak sudah menjamin untuk sekurang-kurangnya pasukan tangga ketiga terbaik.

    Ini kerana pasukan ketiga kumpulan A sekarang iaitu Kelantan hanya mampu mengumpul 17 mata jika menang malam ini dan ia secara automatik tidak mampu lagi untuk muncul pasukan ketiga terbaik.

    Kesimpulannya enam pasukan sudah layak sebelum sepak mula malam ini iaitu Selangor, Johor Fc, kedah, MyTeam, Perak dan Perlis.

    Saya rasa anda perlu memperdalamkan lagi skill membuat ulasan.. just my cent

    Rate this:
    2.5
  2. Comment by no imageriezer (Who am I?)

    tima kasih mr ronda2 atas pandangan saudara. komen sebegini memang dialu-alukan. mungkin ulasan saya terlalu menumpukan tiket layak secara automatik sehingga lupa bahawa ada pasukan yang telahpun layak berdasarkan mata yang dipungut. Tima kasih sekali lagi.

    Rate this:
    2.6

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)