Perpindahan Hampir Menjadi Kenyataan, Arsenal Bersetuju Dengan Nilai Arshavin.
Zenit St Petersburgh mengeluarkan kenyataan yang mendakwa mereka telah hampir mencapai kata sepakat dengan terma-terma perjanjian yang melibatkan pemain serba bolehnya, Andrei Arshavin dalam rundingan awalnya dengan Arsenal.
Pengumuman dari Zenit juga membayangkan yang Arsenal juga telah bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditetapkan oleh kelab itu untuk mendapatkan Arshavin, yang membuka banyak mata dengan persembahan hebatnya di kejohanan negara Eropah tahun lalu.
Kelab Rusia itu juga mengesahkan yang rundingan itu kini tertumpu kepada terma perjanjian peribadi Arshavin manakala yang lainnya telah dipersetujui.
Arshavin kini hanya menunggu keputusan muktamad dari kelabnya sebelum mempamerkan bakatnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
“Saya hanya menunggu kata putus dari kelab saya,” kata Arshavin.
“Perbincangan itu tidak bergantung kepada saya. Saya tidak mahu menyentuh soal pengurusan, jadi saya hanya menunggu keputusan ya atau tidak.”
Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel yang merupakan bekas rakan sekelab Arshavin di Zenit, mengalu-alukan kehadiran pemain tengah Rusia itu ke England.
“Andrei menghabiskan banyak masa di Zenit dan saya mahu dia menyertai kelab besar lain di Eropah dan menunjukkan betapa bernilainya dia,” kata Skrtel, yang turut mencadangkan agar Arshavin mencuba nasib di Sepanyol.
“Dia mempamerkan aksi hebat di EURO’08 dan saya pasti dia dapat mengekalkan rentak cemerlangnya apabila bermain di kelab lain.”
| 3.1 |









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.