Perpindahan Dossena Bakal Isi Kantung Kewangan Liverpool.
Pemain pertahanan Liverpool, Andrea Dossena hampir pasti akan berpindah ke kelab Itali, Napoli selepas ejennya mengesahkan perkara itu namun perjanjiannya belum dimuktamadkan.
Dossena, 28, bergelut untuk membuat impak di England sejak berpindah dari Udinese pada 2008 dan sememangnya telah dijangka akan meninggalkan Liverpool bulan ini.
Laporan dari Itali menyebut bahawa perjanjian pemain itu melibatkan 4.5 juta pound dan kini ejennya, Roberto La Floria mengesahkan khabar angin itu.
“Saya percaya Dossena akan tiba di Napoli hari Rabu ini,” kata Floria. “Buat masa ini ada sedikit masalah logistik. Dia tidak dapat meninggalkan Liverpool kerana masalah salji.”
“Dossena akan ditawarkan dengan kontrak selama empat tahun setengah,” tambah Floria lagi.
Perjanjian itu bakal memberikan sumbangan kewangan yang besar buat Rafael Benitez, yang dipercayai sedang mengintai beberapa pemain untuk memantapkan Liverpool apabila pintu perpindahan pemain dibuka bulan ini.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.