Perlawanan Tumpuan – Kedah vs Perak.


UPB/MyTeam merupakan antara kelab yang menunjukkan prestasi membanggakan dalam Liga Malaysia musim ini. Skuad MyTeam yang terhasil dari rancangan realiti televisyen agak menonjol setelah bergabung dengan skuad Jendarata FC dari Perak untuk memperolehi lesen penyertaan ke Liga Malaysia. Sejak itu skuad ini dikenali dengan nama UPB/MyTeam. Namun begitu, prestasi ketika saingan Liga Super tidaklah begitu memberangsangkan. Skuad yang dibimbing Bojan Hodak ini hanya mampu menduduki tempat ke-11 dari 13 pasukan yang mengambil bahagian. Namun segalanya berubah apabila pentas Piala Malaysia dibuka. Tanpa mempedulikan kata-kata sindiran sebelum itu, UPB/MyTeam mencatat enam kemenangan berturut-turut yang memberikan mereka 18 mata maksima. Walaupun tersentak dengan dua kekalahan selepas itu, mereka bangkit dengan dua lagi kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Perak sekaligus muncul juara Kumpulan C. Pemain import, Sasa Branezac merupakan penyerang yang diharapkan untuk menembusi pintu gol lawan. Selain itu skuad ini juga menggunakan khidmat pemain-pemain berpengalaman yang pernah dan masih menyarung jersi kebangsaan seperti Kaironnisam Sahabudin, Haris Safwan, Irwan Fadzli Idrus dan Syed Adney Syed Hussein. Mungkin pengalaman pemain-pemain ini akan membantu skuad UPB/MyTeam menangani tekanan di suku akhir nanti.
Johor FC merupakan naib juara Kumpulan B. Mereka mencatat enam kemenangan, seri dua dan tewas dua perlawanan untuk memungut 20 mata dari sepuluh perlawanan. Pasukan ini mempunyai dua pemain import yang boleh diharapkan untuk memecah benteng pertahanan pasukan lawan. Walter Ariel Silva dan Gustavo Fuentes ternyata menjadi during dalam daging kepada pasukan lawan setiap kali mereka beraksi. Barisan pemain tempatan yang menganggotai pasukan ini tidak kurang hebatnya. Pemain-pemain seperti Wan Rohaimy Wan Ismail, Eddy Helmi Manan dan Mohd Daudsu Jamaludin mempunyai pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa bersama pasukan kebangsaan.
Pencapaian Johor FC lebih baik berbanding UPB/MyTeam berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Super. Walaupun terikat 1-1 dalam pertemuan pertama tetapi Johor FC menang 2-1 dalam perlawanan kedua di tempat sendiri. Namun, jika prestasi semasa diambil kira maka UPB/MyTeam mempunyai peluang yang lebih baik berbanding Johor FC lebih-lebih lagi UPB/MyTeam akan bermain di halaman sendiri terlebih dahulu.
Ramalan riezer - UPB/MyTeam 2 Johor FC 1

Pertemuan Kedah – Perak adalah antara perlawanan yang dinanti keputusannya oleh peminat-peminat bola sepak tanah air. Apalah nasib kedua-dua pasukan ini terpaksa bertemu seawal peringkat suku akhir. Begitulah keluhan yang terkeluar dari mulut penyokong kedua-dua pasukan namun pertemuan ini tidak dapat dielakkan memandangkan Perak hanya menduduki tempat ketiga dalam kumpulannya berbanding Kedah yang muncul juara Kumpulan B.
Kedah merupakan pasukan paling konsisten di kalangan lapan pasukan yang layak ke suku akhir Piala Malaysia. Mereka telah memenangi kejuaraan Liga Super dan Piala FA. Kini mereka dalam langkahan untuk menyamakan rekod tahun lalu iaitu kejuaraan `treble’. Ini bermakna mereka hanya perlu memenangi Piala Malaysia bagi melengkapkan kejuaraan yang dikehendaki. Ayam tambatan mereka, Marlon Alex James adalah pemain yang paling digeruni dalam saingan Piala Malaysia. Persembahan konsistennya menjaringkan gol demi gol amat dibimbangi oleh benteng pertahanan pihak lawan. Walaupun gempar dengan pengumuman pemain ini untuk meninggalkan pasukan Kedah namun sikap profesional pihak pengurusan dan pemain tersebut berjaya meredakan keadaan. Barisan pemain mudanya yang berkualiti menambahkan sengat skuad Hijau Kuning ini. Kyril Muhymeen, Fadly Baharom, Syafiq Jamal dan Badrol Bahtiar telah mula menunjukkan kematangan dalam persembahan mereka. Ditambah pemain berpengalaman seperti Hasmawi Hassan, Victor Andrag dan Helmi Eliza Elias skuad Sang Kenari pasti mampu terbang tinggi. Nelson Sam Martin dan Bernard Huggins melengkapkan senarai pemain berkualiti yang menjadi tunjang kekuatan Kedah selama ini.
Pasukan Perak walaupun hanya layak atas tiket tempat ketiga terbaik adalah antara pasukan yang mampu membuat kejutan. Pasukan ini turut dibarisi pemain yang berpengalaman dan tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan Kedah. Pemain importnya, Carlo Caseres yang berganding dengan Khalid Jamlus berupaya membentuk jentera serangan yang mampu menggugat pertahanan lawan. Barisan tengahnya yang dianggotai Hardi Jaafar dan Mario Esteban serta dikepalai oleh Ahmad Shahrul Azhar mempunyai kekuatan untuk menguasai bola. Pertahanannya pula dianggotai oleh Nanthakumar dan Chan Win Hong yang amat berpengalaman. Cuma yang menjejaskan sedikit prestasi dan imej pasukan ini adalah isu masalah kewangan yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) sehingga bayaran gaji pemain tertangguh beberapa bulan.
Kedah dan Perak merupakan dua pasukan yang mempunyai nama besar dalam arena bola sepak tempatan. Rekod pertemuan kdua-dua pasukan dalam Liga Super tahun ini ternyata menyebelahi Kedah. Kedah menang 5-2 dalam perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Ipoh sebelum mengulangi kejayaan itu dengan keputusan 5-1 di Alor Setar. Prestasi semasa juga menunjukkan bahawa Kedah berada dalam keadaan yang bagus dan selesa. Pasukan Perak tidak seharusnya tunduk sebelum melawan dan jika ini dapat dielakkan pasti perlawanan ini akan berlangsung dengan sengit.
Ramalan riezer – Kedah 3 Perak 1
Diucapkan selamat berjaya kepada kesemua lapan pasukan. Apa pula ramalan anda? Jumpa lagi di lain artikel.
| 3.0 |




















Comment by
kakibangku (Who am I?)
walaupun kedah juara liga n piala FA tetapi Perak mempunyai sejarah dlm kancah piala Malaysia…skor yop skor…kejo sampai tumpo!
Comment by
riezer (Who am I?)
aku pun simpati pada perak dan kedah. nak tak nak kena lawan jugak…pasukan yang kurang buat silap pasti menang tapi kalau nak adil, seri dulu pun ok jugak…
Comment by
epal (Who am I?)
bg aku perak adalah the best..perak x pernah jatuh…kedah baru je naik..dulu x pernah pun menang asyik pasukan belasahan je..biar kan x sampai ke mane pun kedah tu…
Tp perak dari dulu mantain je…..
Comment by
NOORHAFIEZ (Who am I?)
alah…………….perak g can je kat kedah 2…………..
Comment by
NOORHAFIEZ (Who am I?)
aku yakin perak menang banyak piala tahun depan…..tgu je la….orang kedah jangan nangis thn pan yer………