IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Penjualan Liverpool Mungkin Membuka Langkah Mourinho Ke Anfield.


Jose Mourinho hanya akan mengambil alih tugas Rafael Benitez di Liverpool jika kelab itu dijual kepada pelabur yang boleh bersaing dengan Manchester City dan Chelsea dalam urusan jual beli pemain.

Keputusan tentang masa depan Benitez masih samar-samar sehingga akhir musim ini, dengan usaha mendapatkan pelabur kini giat sedang dalam perbincangan.

Mancari pelabur berpotensi adalah suatu usaha yang mudah andainya sesebuah kelab itu jika mereka mempunyai pencapaian yang baik musim ini, maka kegagalan Liverpool menempatkan diri dalam kelompok empat kelab terbaik akan menyebabkan kedudukan kewangan Liverpool makin meruncing dan pastinya perlukan pengurus pasukan yang baru.

Mourinho sering dikaitkan akan kembali ke saingan EPL di mana beliau pernah mengecapi kejayaan bersama Chelsea tetapi yang pasti masa depannya tidak akan berubah sehingga akhir musim ini malah hampir pasti mengemudi Inter Milan untuk berhadapan dengan Chelsea dalam saingan Liga Juara Eropah.

Inter Milan menenepikan Roberto Mancini selepas merangkul tiga kejuaraan liga namun gagal menyerlah dalam saingan Liga Juara Eropah, kemudian menggantikan tempatnya dengan Mourinho.

Setakat ini, Presiden Inter, Massimo Moratti secara terbuka pernah mengumumkan yang nasib Mourinho tidak akan ditentukan oleh pencapaian dalam Liga Juara Eropah, perkara yang sama diumumkan tentang Mancini namun akhirnya penyingkiran tetap juga berlaku.

Manchester City begitu mendambakan khidmat Mourinho berbanding yang lain sebelum akhirnya memilih Mancini untuk menggantikan tempat Mark Hughes dan dipercayai Mourinho begitu berminat dengan Manchester United atau Liverpool.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)