Pengesahan Penyertaan Pasukan Dalam Liga Malaysia 2010.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bermesyuarat untuk mengesahkan penyertaan pasukan dalam TM Liga Malaysia musim 2010.
FAM juga menetapkan 19 Disember adalah tarikh akhir bagi pendaftaran pemain untuk liga musim 2010 tersebut.
Perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor pula akan dilangsungkan pada 9 Januari 2010, bersamaan dengan tarikh perlawanan pertama TM Liga Malaysia.
Senarai pasukan untuk kedua-dua liga adalah seperti berikut :
Liga Super
Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, Kelantan, KL Plus, N. Sembilan, Perak, P.Pinang, Terengganu PBDKT T-Team, Johor, Kuala Lumpur dan Harimau Muda A.
Liga Perdana
Pahang, Pahang Kuantan Port Shahzan Muda, Felda United, PKNS, Sabah, ATM, Melaka, Sarawak, KL Pos, USM P. Pinang, PDRM dan Harimau Muda B.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.