MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Peminat Ramal Kedah Juara !

Piala Malaysia telah bermula sejak bulan Jun yang lalu. Sejak itu blog ini telah menganjurkan satu proses pengundian untuk meramalkan juara Piala Malaysia pilihan peminat-peminat bola sepak tanah air. Pengundian yang agak perlahan pada awalnya semakin hebat apabila Piala Malaysia memasuki pusingan suku akhir. Setelah proses pengundian berjalan selama dua bulan, kini ia sampai ke kemuncaknya apabila Piala Malaysia akan direbut oleh dua pasukan yang menjadi seteru utama dalam Liga Malaysia iaitu Selangor dan Kedah.

Sehubungan itu, proses pengundian juga sepatutnya menjadi proses pertembungan antara peminat Selangor dan peminat Kedah. Namun, keadaan yang berlaku tidak menggambarkan sedemikian. Penyokong-penyokong Selangor seolah-olah telah menyerah kalah dan membiarkan penyokong-penyokong Kedah menguasai undi. Secara tidak langsung, pola undian menjadi berat sebelah.

Ada beberapa kemungkinan mengapa pola undian menjadi sebegitu. Mungkin penyokong Kedah begitu yakin dengan kemampuan pasukan itu merangkul kejuaraan Piala Malaysia. Ini berdasarkan situasi di mana Kedah telahpun merangkul kejuaraan Liga Super dan Piala FA. Persembahan Kedah semasa saingan Piala Malaysia tidak kurang hebatnya. Mereka menjuarai Kumpulan B disamping mengenepikan Perak dengan mudah di suku akhir. Prestasi pemain import mereka iaitu Marlon Alex James yang begitu hebat juga mungkin menjadi faktor keyakinan peminat bola sepak meramalkan Kedah sebagai juara.

Peminat pula mungkin kurang yakin dengan kemampuan Selangor menjuarai Piala Malaysia berdasarkan beberapa kelemahan yang terdapat pada pasukan Selangor. Kelemahan paling ketara ialah bahagian pertahanan Selangor yang dikatakan punca kekalahan kepada Kedah dalam final Piala FA. Kelemahan itu sehingga kini masih terus menghantui skuad Merah Kuning dan dibimbangi faktor itu jugalah yang akan mempengaruhi keputusan final nanti.

Undian adalah hak masing-masing. Ia bukan paksaan Setelah diteliti, sehingga jam 7.00 petang 23 Ogos 2008 peminat-peminat bola sepak secara majoriti telah memilih pasukan Kedah sebagai juara Piala Malaysia 2008 dengan 59% undian manakala pasukan Selangor sekadar mendapat 14% undian. Ramalan telah dibuat. Bagaimanapun, sama ada ramalan ini benar belaka hanya final sebenar sahaja yang akan menentukannya. Selamat menyokong pasukan pilihan anda sebagai juara Piala Malaysia 2008!

Jumpa di stadium!

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)