Pemain EPL Dominasi Anugerah Pemain UEFA.

Pemain-pemain dari Liga Perdana England (EPL) mendominasi Anugerah Tahunan Pemain UEFA yang dianjurkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA). Sebanyak empat anugerah yang akan dipertandingkan iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pemain Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Penyerang Terbaik. Bagi setiap kategori, lima nama dicalonkan. Apa yang memeranjatkan dari sejumlah 20 nama pemain yang dicalonkan dalam empat kategori itu, 17 pemain adalah pemain-pemain yang bermain dengan kelab-kelab di EPL dan hanya tiga sahaja pemain dari kelab negara lain iaitu dua dari Barcelona manakala satu dari Schalke 04.
Manchester United menerima pencalonan terbanyak apabila enam pemainnya disenaraikan untuk merebut anugerah, diikuti oleh Chelsea (lima pencalonan), Liverpool (empat pencalonan) dan Arsenal (dua pencalonan).
Pemain-pemain yang disenaraikan ini akan diundi oleh 16 orang jurulatih kelab-kelab yang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah musim 07/08. Setelah undian dibuat, keputusan pemenang anugerah akan diumumkan pada 28 Ogos 2008 semasa majlis undian kumpulan bagi Liga Juara Eropah musim 08/09.
Berikut adalah senarai pencalonan anugerah bagi setiap kategori.

Jumpa lagi di artikel lain.
| 3.0 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.