IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Pemain Brazil Bersantai Hadapi Colombia.

Pasukan Brazil membatalkan latihan pada hari Isnin lalu bagi memberi peluang pemain-pemainnya berehat selepas mengharungi perjalanan pulang yang memenatkan dari Venezuela yang bermula dengan menaiki bas selama tiga jam melalui jalan berbukit-bukau. Pemain Manchester City, Robinho dan penjaga gol, Julio Cesar dilihat bersantai di pantai yang berhadapan hotel penginapan mereka. Pemain-pemain Brazil yang akan menghadapi Colombia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan hari ini telah diberi rehat sepanjang hari itu bagi memulihkan semula tenaga mereka.

Menurut Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF), pasukan itu mengambil masa hampir 15 jam untuk perjalanan pulang ke Brazil menyebabkan pemain-pemainnya keletihan. Skuad samba itu sepatutnya menaiki kapal terbang untuk pulang ke Brazil. Bagaimanapun, cuaca buruk menyebabkan lapangan terbang di San Cristobal iaitu tempat pemain-pemain Brazil sepatutnya menaiki kapal terbang terpaksa ditutup.

Brazil pasti akan menghadapi cabaran sengit dari Colombia hari ini dengan Colombia dijangka menggunakan taktik bertahan dalam perlawanan itu. Juara dunia lima kali itu juga pasti amat mengharapkan sokongan penonton bagi menaikkan semangat pemain-pemainnya. Penyokong Brazil biasanya akan mengejek pemain-pemain skuad itu menyebabkan jurulatihnya, Dunga berharap suasana itu akan bertukar dalam perlawanan menentang Colombia nanti.

Brazil bakal kehilangan dua penyerang sensasi mereka untuk berhadapan dengan Colombia nanti. Luis Fabiano terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan manakala Adriano yang menjaringkan satu gol ketika bertemu Venezuela tempoh hari, tidak dapat bermain kerana menjalani hukuman penggantungan. Untuk itu, Dunga dijangka akan menurunkan penyerang mudanya, Alexandre Pato untuk bergandingan dengan Robinho di barisan hadapan.

Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan hari ini.

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)