Owen Nafikan Akan Bersara Dari Arena Bola Sepak.


Michael Owen belum memikirkan untuk bersara dari bola sepak sebaik musim ini berakhir berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya.
Laporan mendakwa yang penyerang Newcastle dan England itu akan menceburi bidang kejurulatihan kuda lumba sepenuh masa dan sebagai pemiliknya selepas dia bersara kelak.
Bagaimanapun, di sebalik laporan itu, Owen yang bergelut dengan masalah kecederaan beberapa tahun kebelakangan ini, berazam mahu kembali ke tahap yang menyaksikan dia merangkul anugerah Pemain Terbaik Eropah pada 2001.
“Sebarang kenyataan dan spekulasi yang mengatakan Michael Owen akan bersara dari bola sepak adalah sesungguhnya tidak benar sama sekali,” kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya.
“Michael masih komited untuk memajukan kariernya sebagai pemain bola sepak dan menafikan sekeras-kerasnya spekulasi itu.”
Pemain 29 tahun itu menyertai Newcastle dari Real Madrid pada 2005 dengan nilai 17 juta pound, yang merupakan rekod perpindahan kelab itu.
Bagaimanapun, dalam tempoh empat tahun itu, Owen hanya membuat penampilan utama dalam 58 perlawanan EPL berikutan masalah kecergasan.
Owen, yang sebahagian besar kejayaan kariernya bersama Liverpool, juga diketepikan dari skuad England di bawah bimbingan Fabio Capello.
Secara keseluruhannya, Owen telah menjaringkan 40 gol dari 89 kali penampilannya bersama England tetapi telah tidak bermain bersama skuad kebangsaannya sejak kalah dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis pada Mac 2008.







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.