IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Owen Belum Ada Dalam Perancangan Capello.


Pengurus England, Fabio Capello tetap tidak menyenaraikan nama Michael Owen walaupun penyerang Manchester United itu telah menjaringkan sejumlah 40 gol, lebih dari mana-mana pesaingnya di posisi berkenaan.

Capello membandingkan situasi dengan apa yang dilakukan oleh jurulatih Itali, Marcello Lippi yang dikritik kerana tidak menyenaraikan penyerang Sampdoria, Antonio Cassano dalam skuad Itali.

Owen, yang terlepas aksi beberapa perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine dan Belarus akibat kecederaan, tidak bermain dengan skuad England sejak tahun lalu dan peluangnya untuk membuat penampilan dalam kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan nampak tipis.

Capello turut menangkis kemungkinan beliau akan menggantikan Lippi membimbing skuad kebangsaan Itali tetapi mengakui yang kemungkinan beliau kembali ke kancah Serie A bersama Juventus tetap ada.

“Menjadi jurulatih Itali? Tidak mungkin. Kembali ke Juventus? Anda tidak boleh berkata tidak mungkin, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku,” kata Capello.

Capello juga melahirkan rasa kecewanya dengan permasalahan yang melanda liga Itali dan mendakwa yang menonton perlawanan liga England dan Sepanyol lebih menarik baginya.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)