IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Mourinho Nafi Akan Tinggalkan Inter Milan.

Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho menafikan yang beliau akan meninggalkan kelab itu sebaik tamat musim ini.

Mourinho membimbing Inter memenangi kejuaraan liga pada musim pertamanya di kelab itu dan kelihatan akan berjaya mengekalkan pencapaian itu musim ini tetapi pengurusan kelab itu tidak begitu teruja disebabkan mereka kurang menyerlah dalam saingan Liga Juara Eropah manakala Mourinho sendiri tidak mempunyai hubungan yang baik dengan media Itali.

Bagaimanapun, ketika diajukan persoalan tentang kemungkinan beliau kembali ke kancah EPL, Mourinho bertegas yang beliau masih mempunyai hubungan baik dengan Presiden Inter, Massimo Moratti dan mahu menghabiskan kontraknya di San Siro.

“Saya sebenarnya masih berkawan dengan bekas majikan saya, Roman Abramovich dan amat gembira dengan hubungan itu. Satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku kepada Moratti kerana hubungan kami positif dan ikhlas,” kata Mourinho.

“Apabila saya tidak lagi menjadi jurulatih, saya akan mengingati presiden kelab yang pernah bekerjasama dengan saya dan saya juga berharap mereka akan mengingati saya pada masa akan datang sebagai jurulatih yang baik. Saya mempunyai kontrak sehingga 2012 dan saya akan pastikan saya menjalankan kerja saya dengan baik sepanjang tempoh itu,” tegas Mourinho.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)