IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Michael Owen Bakal Sertai Manchester United ?


Michael Owen tiba di pusat latihan kelab Manchester United dengan kemungkinan yang dia akan bermain dengan juara EPL pada musim depan.

Bekas penyerang England itu akan menjalani ujian perubatan penuh di Carrington dan sekiranya melepasi ujian itu akan menandatangani perjanjian ‘gaji dibayar setiap kali anda bermain’ pada awal minggu depan.

Owen terumbang-ambing tanpa kelab sejak kontraknya bersama Newcastle United tamat, dengan hanya Stoke City dan Hull City sahaja yang berminat untuk menawarkan kontrak bermain kepadanya.

Kini kelihatan Sir Alex Ferguson sudah bersedia untuk mengikat pemain itu yang berada di kedudukan keempat dalam senarai penjaring gol sepanjang zaman buat England.

Laporan media mendakwa yang kontrak pemain itu hanya di peringkat asas sahaja, dengan pembayaran gaji bergantung kepada jumlah minit bermain dan jumlah gol yang dijaringkan.

United kini sibuk mencari penyerang baru sejak pemergian Carlos Tevez sebaik tamat kontrak pinjamannya. Mereka dikaitkan dengan Karim Benzema dan David Villa tetapi yang hampir pasti, Owen yang akan ke United dahulu.

Bekas pemain Liverpool dan Real Madrid itu berharap yang perpindahannya ke United akan melonjakkan kembali prestasinya dan memikat perhatian Fabio Capello untuk menyenaraikannya dalam skuad England ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)