MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Marlon Tinggalkan Kedah ?

Skuad Kedah tersentak seketika apabila kedengaran berita yang mengatakan bahawa pemain import kesayangannya, Marlon Alex James berhasrat meninggalkan Kedah secepat mungkin. Berita itu bagaikan halilintar membelah bumi memandangkan skuad Kedah dalam persiapan untuk turun dalam perlawanan terakhir misi hidup mati ke peringkat suku akhir saingan Kumpulan B Piala Malaysia.

Tanpa tanda ribut dan taufan akan berlaku, tiba-tiba Marlon mengumumkan bahawa dia sedang bersiap sedia untuk menamatkan kontraknya bersama Kedah. Keputusan Marlon itu dipercayai berpunca daripada tawaran yang diterimanya dari salah sebuah kelab profesional yang bermain dalam liga utama Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS). Kelab itu, San Jose Earthquakes dikatakan menawarkan kontrak selama dua tahun kepada Marlon dan rakannya Bernard Huggins.

Marlon juga memberitahu bahawa selain tawaran itu, ada faktor lain yang membuatkannya nekad dengan keputusan itu. Katanya, dia terkilan apabila mendapat tahu bahawa ada kemungkinan khidmat pemain import tidak diperlukan lagi pada musim hadapan. Lebih-lebih lagi cadangan itu dibuat dalam sesi percambahan fikiran anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di mana jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah turut menghadirinya. Dia kecewa pada ketika jasanya kepada pasukan Kedah begitu banyak tetapi Azraai Khor sendiri bersetuju dengan cadangan itu. Untuk rekod, Marlon adalah anggota skuad Kedah yang muncul juara tiga piala utama pada tahun lalu iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Pada tahun ini, Kedah sudahpun memenangi Liga Super dan Piala FA. Kini Kedah dalam pemburuan untuk menjulang Piala Malaysia sekaligus mengulangi kejayaan `treble’ musim lalu. Marlon juga muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan jaringan sejumlah 23 gol.

Jurulatih Kedah, Azraai Khor ketika ditemui amat kesal dengan keputusan Marlon itu. Baginya, Marlon tidak profesional memandangkan dia masih mempunyai kontrak sehingga 31 Ogos 2008. Ini bermakna, Marlon masih anggota skuad Kedah sehingga saingan Piala Malaysia berakhir dan selepas itu barulah dia bebas untuk menentukan haluan kerjayanya. Namun, membuat keputusan itu ketika Kedah masih dalam saingan Piala Malaysia benar-benar melukakan hati Azraai Khor. Azraai dalam nada tegas memberi amaran kepada Marlon bahawa dia mesti menyempurnakan kontraknya terlebih dahulu jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. Azraai juga mahu Marlon turun berlatih seperti biasa bagi menghadapi perlawanan terakhir Kedah menentang Johor FC hari Sabtu nanti.

Keadaan ini pastinya menimbulkan keadaan bercelaru dalam kem Kedah. Walaupun diakui sumbangan Marlon kepada pasukan Kedah bukan kepalang, namun perlu diingat bahawa Kedah juga boleh menang tanpa kelibat Marlon dan Bernard Huggins. Ini dapat dilihat pada saingan akhir Piala FA di mana akhirnya Kedah muncul juara menewaskan Selangor di Stadium Shah Alam. Cuma yang mungkin agak mengecewakan Azraai ialah sikap Marlon yang ternyata mementingkan diri dan membelakangkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Apa kesudahan kepada isu ini hanya Marlon dan KFA yang boleh merungkainya. Tapi yang pasti telah ada hati yang terluka dengan apa yang berlaku. Persoalannya, sanggupkah Marlon meninggalkan Kedah tanpa menamatkan kontraknya terlebih dahulu? Hanya Marlon yang bisa menjawabnya…..

Apa kata anda? Jumpa lagi.

Rate this:
2.7

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)