Mark Hughes Dipecat Dari Kendali Kelab Manchester City.
Pengurus Manchester City dipecat dari jawatannya walaupun kelab itu mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland hujung minggu lalu.
Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan pemilik kelab itu, Sheikh Mansour dikatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian buruk City di mana kelab itu hanya mencatat dua kemenangan dari lapan perlawanan liga.
Hughes menyaksikan City mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sunderland hari Sabtu lalu tetapi beliau dikatakan telah mengetahui berita pemecatannya sebelum perlawanan itu, dan mempamerkan aksi emosional ketika perlawanan tamat sambil melambai tanda perpisahan kepada penyokong City.
City kini menduduki tangga keenam liga tetapi kekalahan 0-3 kepada Tottenham Hotspur pada pertengahan minggu lalu membangkitkan kemarahan kepada pemilik kelab itu, yang mengharapkan kelab itu dapat melayakkan diri ke saingan Liga Juara Eropah musim depan.
Pada hari Jumaat lalu, ejen Guus Hiddink mengakui yang kelab itu ada menghubungi jurulatih warga Belanda itu, manakala Jurgen Klinsmann dan Jose Mourinho turut dikaitkan dengan kelab itu.
Mark Bowen, Eddie Niedzwiecki, Kevin Hitchcock dan Glyn Hodges turut dilaporkan meninggalkan kelab itu dan pengganti mereka akan diumumkan dalam masa terdekat.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.