MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Maradona Namakan Mascherano Kapten Argentina.

Pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano bersetuju untuk memakai lilitan ketua pasukan di bawah kendalian pengurus baru Argentina, Diego Maradona. Perkara ini disahkan oleh Maradona kepada Radio La Red selepas kembalinya beliau dari jelajah enam hari ke Eropah untuk menilai beberapa pemain yang ingin diserapnya masuk ke skuad Argentina.

Maradona telahpun memberitahu hajatnya itu kepada Mascherano dan menerangkan kepada pemain itu tentang kriteria yang menyebabkannya memilih Mascherano. Bagaimanapun Mascherano, 24, dikatakan agak keberatan untuk menerima tanggungjawab itu.

Maradona juga berharap dapat menggunakan khidmat bekas pemain pertahanan Argentina, Oscar Ruggeri sebagai pembantunya berlawanan dengan pilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Julio Grondona. Pemilihan pembantu Maradona kini menjadi isu hangat.

Satu ketika Maradona menamakan Jose Luis Brown dan Sergio Batista, rakan sepasukannya yang menjuarai Piala Dunia 1986 sebagai pembantunya. Bagaimanapun beliau kemudiannya berubah fikiran dan menyatakan bahawa keputusannya belum muktamad lagi.

Rekod Ruggeri sebagai jurulatih menjadikan dirinya sebagai pilihan kontroversi. Dia meletak jawatan sebagai jurulatih kelab Mexico, Tecos UAG selepas kalah enam perlawanan awal pada musim 2003. Dia kemudiannya dipilih membimbing Independiente sebelum meletak jawatan empat bulan kemudian kerana diejek setiap kali kelab itu bermain di tempat sendiri.

Pada 2004, dia berpindah ke Sepanyol untuk melatih kelab divisyen dua, Elche tetapi dia dipecat selepas 20 perlawanan. Dia kembali ke Mexico untuk membimbing kelab terkaya negara itu, America pula tetapi hanya bertahan setakat enam perlawanan.

Tugas terakhir Ruggeri adalah ketika membimbing San Lorenzo pada 2006 namun dia sekali lagi dipecat ekoran prestasi buruk kelab itu termasuk dibelasah 1-7 oleh Boca Juniors di tempat sendiri.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)