IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Mancini Mahu Robinho Catat Sejarah Di Manchester City.

Roberto Mancini mengajak Robinho membuat sejarah di Manchester City dan menggunakan peluang pada sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus baru kelab itu dengan mengumumkan yang beliau akan menggunakan khidmat penyerang Brazil itu.

Bekas pengendali Inter Milan, Lazio dan Fiorentina itu dengan yakinnya mengumumkan yang sasaran utamanya adalah meletakkan kelab itu dalam kelompok empat kelab terbaik liga dan untuk mencapainya, Mancini memerlukan khidmat terbaik daripada Robinho, yang gagal menjaringkan sebarang gol dari tujuh penampilannya dalam liga setakat ini.

Sebelum ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta dilaporkan berkata yang kelab Catalan itu gagal dalam penawarannya kepada Robinho, yang berpindah ke Eastlands dengan rekod dunia sebanyak 32.5 juta pound pada Ogos 2008, dan Mancini bertegas akan memastikan yang beliau akan membantu Robinho menjadi legenda di kelab itu.

Pemain lain yang dikaitkan untuk berpindah adalah Craig Bellamy yang merupakan salah seorang penyerang yang menyerlah di bawah bimbingan Mark Hughes dan dilaporkan menjadi salah seorang pemain yang melakukan protes terhadap pemecatan Hughes.

Bagaimanapun, Mancini menyifatkan Bellamy terlalu cepat memberi reaksi terhadap kehadirannya sambil menggambarkan keadaan itu adalah sesuatu yang biasa dalam arena bola sepak.

Terdapat juga spekulasi yang bertiup mengatakan jawatan ketua pasukan akan ditarik balik dari Kolo Toure yang mempamerkan aksi kurang memberangsangkan di bahagian pertahanan sejak beberapa minggu lalu tetapi Mancini tidak bercadang untuk membuat sebarang perubahan setakat ini.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)