Manchester United Hilang Khidmat Berbatov - Ferguson.
Dimitar Berbatov bakal terlepas aksi EPL ketika Manchester United menentang Aston Villa hari ini dan ketika United menentang Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah pertengahan minggu hadapan. Berbatov mengalami kecederaan hamstring ketika mewakili Bulgaria menentang Serbia dalam aksi persahabatan Rabu lalu.
Berbatov terpaksa digantikan ketika permainan baru berusia setengah jam kerana ditimpa kecederaan dalam perlawanan yang dimenangi oleh Serbia 6-1.
Ferguson berkata bahawa beliau tidak mahu mengambil risiko menurunkan Berbatov supaya pemain itu dapat pulih sepenuhnya dari kecederaan itu. Pemain Bulgaria itu dijangka hanya dapat diturunkan ketika pertemuan dua kelab sejiran iaitu antara United dengan Manchester City.
United akan bertemu dengan City dalam pertemuan ‘derby’ Ahad depan namun mereka perlu berhadapan dengan Aston Villa terlebih dahulu sebelum dapat mengekalkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas EPL.
Selain itu, United juga bakal kehilangan khidmat Rio Ferdinand yang ditimpa kecederaan belakang di mana dia turut diketepikan dalam kunjungan England ke Berlin. Cuma yang agak melegakan kem United adalah kemungkinan kembalinya Wayne Rooney dalam kesebelasan utama dalam pertemuan dengan Villa nanti. Rooney turut diketepikan ketika perlawanan England-Jerman tempoh hari.
United menang sebelas dari dua belas kunjungan ke Villa Park sebelum ini dan kemenangan besar 5-0 ke atas Stoke City minggu lalu memberikan keyakinan kepada Ferguson untuk meneruskan rentak kemenangan United.
“Kami akui yang Aston Villa semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan saya fikir Martin O’Neill berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Oleh itu kami menjangkakan akan menerima cabaran hebat dari Villa,” kata Ferguson.
“Kami berjaya menjaringkan lima gol minggu lalu dan perbezaan gol mungkin akan menjadi penentu kejuaraan musim ini, siapa tahu. Itulah sebabnya mengapa kami perlu mengambil setiap peluang yang hadir kerana cabarannya pasti akan lebih sengit pada masa akan datang,” tambah Ferguson lagi.
| 3.1 |






















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.