Manchester City Makin Hampir Ikat Carlos Tevez.
Carlos Tevez kini bersedia untuk memakai jersi biru Manchester City selepas kelab itu mengumumkan yang kedua-dua pihak telah bersetuju dengan perjanjian perpindahan pemain itu ke City.
Tevez telah bersetuju dengan terma-terma perjanjian peribadi dan dia dijangka akan menandatangani kontrak selama lima tahun di Eastlands.
City juga mengesahkan yang perjanjian telah mendapat kebenaran dari pihak EPL dan Persatuan Bola Sepak England. Tevez akan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat sebelum menyertai kelab itu yang akan menjalani latihan pra-musim di Afrika Selatan.
Tevez dilaporkan akan mengambil penerbangan pada sebelah malam hari Isnin ini dari Amerika Selatan ke Manchester untuk melengkapkan perpindahannya, sekaligus menamatkan hubungan dengan Manchester United selepas kontrak pinjamannya selama dua tahun di Old Trafford berakhir dengan suasana kurang enak.
Di sebalik perasaan kurang senang penyokong United atas pemergian Tevez, berikutan laporan yang mengatakan Tevez menolak tawaran kontrak tetap yang dikemukakan United kerana kelewatan tawaran itu, Sir Alex Ferguson pula mendakwa yang penyerang Argentina itu sebenarnya telah lama membuat keputusan untuk meninggalkan United.
“Saya percaya yang Tevez telah lama membuat keputusan,” kata boss United itu. “Saya fikir dia mungkin sudah memulakan rundingan sejak bulan Januari lagi kerana saya ada bercakap dengannya dan mengemukakan tawaran kepadanya pada malam kami menentang Inter Milan (bulan Mac) tetapi tiada jawapan darinya.”
“Dia adalah pemain yang bagus dan telah melakukan tugas yang baik ketika bersama kami. Tetapi dia telah membuat keputusannya dan tiada apa lagi yang boleh saya lakukan.”








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.