MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Malaysia Menapak Satu Anak Tangga.

Pasukan Malaysia meningkat satu anak tangga dari kedudukan ke-162 ke kedudukan 161 dalam senarai terbaru ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari Rabu lalu. Bagaimanapun, kedudukan ini masih dikira rendah berdasarkan kedudukan jiran tetangga Malaysia yang menduduki tangga yang lebih baik dalam senarai tersebut.

Thailand masih merupakan negara Asia Tenggara yang terbaik dengan menduduki tempat ke-114. Ia diikuti oleh Singapura (ke-129), Indonesia (ke-132) dan Myanmar (ke-160). Vietnam pula berada di bawah kedudukan Malaysia iaitu di kedudukan ke-166 diikuti oleh Filipina (ke-167), Kampuchea (ke-181), Brunei (ke-184), Laos (ke-190) dan Timor Leste (ke-200). Jepun pula masih kekal di tangga teratas di kalangan negara Asia dalam ranking terbaru itu mengatasi Australia yang sekadar menduduki tangga kedua.

Berikut adalah kedudukan Malaysia di peringkat dunia.

Berikut adalah kedudukan Malaysia di kalangan negara Asia.

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)