IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Malaysia Kini Bersedia Menanti Kunjungan Manchester United.

Adalah dijangkakan seramai 50,000 penyokong Manchester United akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan latihan pertama skuad ‘Red Devils’ dalam siri Jelajah Asia pada hari Jumaat ini.

Para penyokong yang mempunyai pas khas boleh datang ke Stadium Nasional bagi menyaksikan latihan kelab itu pada pukul 5.30 petang esok.

Wakil pihak penganjur, Julian Kam dari Pro Events International Sdn Bhd berharap para penyokong tersebut akan datang awal bagi memastikan mereka tiba tepat pada masanya bagi menyaksikan latihan itu.

United akan menentang skuad Pilihan Malaysia pada hari Sabtu ini pada pukul 5.30 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiket-tiket yang berharga RM58 untuk menyaksikan perlawanan itu masih berbaki 15,000 keping dan dijangkakan tiket-tiket itu akan habis dijual menjelang pertemuan United-Malaysia itu.

Skuad United dijangka tiba di Kuala Lumpur petang ini, turun menjalani latihan pada petang Jumaat sebelum bermain menentang skuad Pilihan Malaysia pada petang Sabtu.

Selepas itu United akan berkunjung ke Indonesia (20 Julai), Korea (24 Julai) dan China (26 Julai).

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)