Lionel Messi Diumum Pemain Terbaik Tahunan FIFA 2009.
Lionel Messi diberi penghargaan terbesar dalam kerjayanya setelah membantu Barcelona merangkul enam kejuaraan apabila dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan FIFA 2009.
Penyerang Argentina itu menanduk masuk gol kemenangan ke atas Manchester United semasa perlawanan akhir Liga Juara Eropah, juga menjaringkan gol kemenangan ke atas Estudiantes dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2009 di Abu Dhabi hari Sabtu lalu untuk membantu Barcelona muncul juara kejohanan itu.
Pemain berusia 22 tahun itu memenangi anugerah itu buat kali pertama, menewaskan pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo, dua rakan sekelabnya, Xavi Hernandes dan Andres Iniesta serta rakan senegaranya, Kaka. Dia menerima pengiktirafan itu dalam satu majlis yang berlangsung di Zurich semalam.
Messi, yang menduduki tangga kedua tahun lalu, mendapat undian sebanyak 1,047 mata meninggalkan Ronaldo di tempat kedua dengan undian sebanyak 352 mata manakala Xavi menduduki tempat ketiga dengan 196 mata.
Kejayaan Messi itu, yang diundi oleh jurulatih dan ketua pasukan skuad kebangsaan, adalah berdasarkan prestasinya di Barcelona, pada ketika persembahannya bersama Argentina yang dibimbing oleh Diego Maradona agak mengecewakan.
Argentina bergelut untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan antara keputusan yang mengecewakan adalah kekalahan besar 1-6 kepada Bolivia serta kekalahan kepada Paraguay dan Ecuador.
Bagi anugerah Pemain Terbaik Wanita, pemenangnya adalah Marta yang memenangi anugerah itu buat kali keempat berturut-turut. Marta mengatasi rakan senegaranya,Cristiane, pemain England, Kelly Smith dan dua pemain Jerman, Birgit Prinz dan Inka Grings.
Ronaldo pula diumumkan sebagai pemenang anugerah Puskas FIFA untuk kategori gol terbaik bagi musim 2008/09 di mana dia menjaringkan gol dari jarak jauh untuk Manchester United ketika menentang Porto dalam saingan Liga Juara Eropah pada bulan April lalu.
Anugerah Fair Play FIFA pula dianugerahkan kepada Sir Bobby Robson atas komitmennya yang begitu menekankan permainan bersih dalam perlawanan bola sepak.
Sementara itu, rakan sekelab Messi, Daniel Alves, Xavi dam Iniesta dinamakan dalam senarai kesebelasan Pasukan Pilihan FIFA/FIFPro.
Berikut adalah senarai kesebelasan utama pasukan FIFA/FIFPro.
Iker Casillas (Real Madrid), John Terry (Chelsea), Nemanja Vidic (Man Utd), Patrice Evra (Man Utd), Daniel Alves (Barcelona), Xavi (Barcelona), Andres Iniesta (Barcelona), Steven Gerrard (Liverpool), Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Fernando Torres (Liverpool).
Berikut adalah pemain-pemain yang pernah menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA.












































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.