Liga Juara Eropah – 13 Pasukan Sah Ke Fasa Kalah Mati.

Bekas juara Eropah, Liverpool dan Inter Milan telah mengesahkan tempat masing-masing dalam fasa kalah mati Liga Juara Eropah manakala finalis musim lalu, Chelsea masih bergelut untuk layak ke peringkat seterusnya setelah sekadar seri 1-1 dengan Bordeaux kelmarin.
Juara lima kali, Liverpool layak sebagai wakil Kumpulan D selepas gol Steven Gerrard memberikan kemenangan 1-0 ke atas Marseille di tempat sendiri. Kelab Inggeris itu diiringi oleh Atletico Madrid yang mengalahkan PSV Eindhoven 2-1 di Calderon.
Inter Milan pula layak selaku wakil Kumpulan B walaupun dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Panathinaikos.
Chelsea kelihatan hampir mengesahkan tempatnya apabila Nicolas Anelka memberikan gol pendahuluan namun terpaksa menangguhkan hajatnya selepas Alou Diarra menyamakan kedudukan buat Bordeaux pada lewat permainan. Lebih memeritkan, Frank Lampard dibuang padang dalam perlawanan itu.
Roma melonjak ke tangga pertama Kumpulan A selepas menang selesa 3-1 ke atas CFR Cluj dan kini memungut sembilan mata sebelum pertemuan terakhir menentang Bordeaux. Chelsea pula yang akan menentang Cluj di tempat sendiri kini memungut lapan mata di tempat kedua manakala Bordeaux memungut tujuh mata dan perlu mengatasi kelab Itali itu dalam perlawanan terakhir jika ingin layak ke peringkat seterusnya.
Gol Jose Sarriegi pada minit ke-69 memberikan Panathinaikos kemenangan yang tidak dijangka di San Siro dan kini mereka mempunyai peluang terbaik untuk mara ke kelompok 16 pasukan terakhir hanya dengan sekadar seri ketika menentang Anorthosis Famagusta di Athens.
Inter telah memungut lapan mata, Panathinaikos tujuh mata dan Anorthosis enam mata selepas mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum diikat 2-2 oleh Werder Bremen. Bremen pula hanya akan layak ke saingan Piala UEFA yang akan diisi oleh lapan pasukan yang menduduki tangga ketiga setiap kumpulan.
Barcelona pula mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan C selepas menang bergaya 5-2 ke atas Sporting Lisbon yang turut layak ke peringkat seterusnya. Shakhtar Donetsk pula layak ke saingan Piala UEFA selepas mereka membelasah FC Basel 5-0.
| 3.1 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.