MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Lampard Pertahan Tindakan Drogba.

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard bangkit mempertahankan rakan sepasukannya, Didier Drogba yang bakal disoal siasat oleh Persatuan Bola Sepak England ekoran insiden melontar duit oleh Drogba kepada penyokong Burnley ketika saingan Piala Carling tempoh hari. Drogba telahpun memohon maaf atas keterlanjurannya itu yang telah menimbulkan kekalutan namun dia dikatakan tetap akan menerima hukuman di atas perbuatannya itu.

Lampard yang tidak menyalahkan Drogba sebaliknya mahu pihak FA turut mengambil tindakan terhadap penyokong yang memulakan provokasi terhadap Drogba itu.

“Insiden ini melibatkan dua pihak. Drogba berlari ke tepi padang dan berlaku reaksi spontan. Reaksi itu adalah reaksi manusia biasa di mana Jamie Carragher telah melakukannya sekali.”

“Para penonton mesti menghentikan sikap suka melontar objek kepada pemain. Saya ada berhampiran dengan Drogba ketika kejadian itu berlaku. Saya sendiri tidak tahu berapa banyak duit syiling yang telah dilontar oleh penonton ke padang.”

“Kami nampak pengadil turut terkena lontaran duit syiling itu. Oleh itu, kita sepatutnya memikul tanggungjawab ini bersama”, tambah Lampard.

“Drogba perlu menanggung risiko perbuatannya sendiri. Saya harap dia tidak dikenakan hukuman gantung perlawanan. Itupun bergantung kepada keputusan siasatan pihak FA.

“Tapi jika Drogba dihukum, para penonton pasti lebih berani untuk melontar objek sesuka hati. Saya sendiri telah banyak kali dilontar dengan pelbagai objek setiap kali saya mengambil sepakan sudut yang ada antaranya cuba mengganggu tumpuan kita di padang. Saya fikir pihak berkenaan perlu mengambil satu tindakan untuk memberhentikan episod ini dari berulang.”

Bekas pemain Chelsea, Gianfranco Zola turut mempertahankan pemain Ivory Coast itu dengan mengatakan bahawa dia pasti telah diprovokasi.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi saya tahu Drogba seorang pemain yang baik dan jujur. Kita perlu memahami pemain juga manusia biasa dan apabila anda bermain dalam perlawanan yang penting sudah tentu anda berada dalam keadaan tertekan.”

“Yang paling penting adalah persefahaman. Kadang-kadang tahap kesabaran pun boleh hilang. Saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi ini dan hampir bertindak balas” Zola menutup bicaranya.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)