Kudrat Kaka Ditagih Dunga.
Pemain AC Milan, Kaka seharusnya menjadi diri sendiri dan bermain seperti biasa dalam perlawanan pertamanya bersama Brazil selepas 11 bulan diketepikan kerana kecederaan yang dialaminya. Jurulatih Brazil, Dunga berkata demikian ketika mengulas tentang kembalinya Kaka ke kem Brazil sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Ahad ini.
Brazil akan menentang Venezuela di tempat lawan pada hari Ahad nanti. Ketika ini Brazil menduduki tangga kedua kelayakan Amerika Selatan ketinggalan empat mata dari pendahulu, Paraguay.
Kaka yang mengalami kecederaan serius terlepas peluang mewakili Brazil menyebabkan media tempatan mempersoalkan komitmen pemain itu kepada skuad Brazil. Dunga bagaimanapun mempertahankan tindakannya memanggil semula Kaka dan beliau yakin yang Kaka telah bersedia untuk diturunkan ketika menentang Venezuela nanti. Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap Kaka. Beliau hanya mahu Kaka menjadi diri sendiri.
Dunga kini terdesak untuk memastikan Brazil mencapai kemenangan dalam perlawanan menentang Venezuela nanti. Brazil hanya mampu seri 0-0 ketika menentang Bolivia bulan lalu menyebabkan media Brazil mula mempersoalkan kredibiliti Dunga selaku pengendali Brazil. Kehadiran Kaka semula dalam skuad Brazil dilihat sebagai usaha Dunga untuk menarik kembali kepercayaan penyokong kepada dirinya dan pasukan Brazil.
| 3.0 |








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.