Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama 100 Plus telah menganjurkan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dengan tujuan untuk mengiktiraf sumbangan pemain-pemain bola sepak di negara ini kepada kemajuan bola sepak tanah air. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian peminat menerusi laman web rasmi FAM di www.fam.org.my. Undian ini telah bermula pada bulan Julai lalu dan penyampaian anugerah telah diadakan pada 23 Ogos 2008 yang lalu. Pemain-pemain Kedah mendominasi hampir kesemua kategori. Hanya satu kategori sahaja yang dimenangi oleh pemain bukan Kedah iaitu Liew Kit Kong dari pasukan Kuala Muda NAZA yang mendapat undian tertinggi bagi kategori Penyerang Popular. Selain itu, FAM juga telah mengiktiraf Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan sebagai Persatuan Bola Sepak Terbaik dan Kelab Penyokong Bola Sepak Perak sebagai Kelab Penyokong Terbaik. Penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias turut ditabalkan sebagai Pemain Paling Bernilai berdasarkan undian tertinggi yang diperolehinya berbanding dengan pemenang-pemenang kategori lain.
Berikut adalah keputusan undian yang telah dilakukan oleh peminat-peminat bola sepak tanah air.
PENJAGA GOL POPULAR
- Helmi Eliza Elias (KEDAH)
- Sharbinee Allawee (TERENGGANU)
- Nasril Nourdin (PERAK)
Pemenang : Helmi Eliza Elias (KEDAH)
PERTAHANAN POPULAR
- Victor Andrag (KEDAH)
- Norhafiz Zamani Misbah (PAHANG)
- Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
Pemenang : Victor Andrag (KEDAH)
PEMAIN TENGAH POPULAR
- Khyril Muhymeen Zambri (KEDAH)
- Ahmad Fauzi Shaari (KEDAH)
- Amirulhadi Zainal (SELANGOR)
Pemenang : Khyril Muhymeen Zambri (KEDAH)
PENYERANG POPULAR
- Mohd Safee Sali (SELANGOR)
- Zaquan Adha Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
- Liew Kit Kong (KUALA MUDA NAZA)
Pemenang : Liew Kit Kong (KUALA MUDA NAZA)
PEMAIN IMPORT POPULAR
- Marlon Alex James (KEDAH)
- Mamadou Moustapha (KELANTAN)
- Bernard Huggins (KEDAH)
Pemenang : Marlon Alex James (KEDAH)
JURULATIH POPULAR
- Mohd Azraai Khor Abdullah (KEDAH)
- K. Devan (KUALA MUDA NAZA)
- Mat Zan Mat Aris (KL PLUS FC)
Pemenang : Mohd Azraai Khor Abdullah (KEDAH)
PEMAIN HARAPAN POPULAR
- Ashaari Shamsudin (TERENGGANU)
- S. Kunalan (NEGERI SEMBILAN)
- Fadly Baharom (KEDAH)
Pemenang : Fadly Baharom (KEDAH)
KELAB PENYOKONG TERBAIK
Pemenang : Kelab Penyokong Bola Sepak Perak
PERSATUAN BOLA SEPAK TERBAIK
Pemenang : Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
PEMAIN PALING BERNILAI
Pemenang : Helmi Eliza Elias (KEDAH)


| 3.0 |





















Comment by
kakibangku (Who am I?)
keputusan yg tepat untuk anugerah ini.
Apa yg membanggakan adalah Kelab Penyokong Bolasepak Perak merupakan kelab penyokong terbaik. Tak dapat di nafikan kerana kelab ini amat tersusun dan aktif dalam aktiviti mereka.
Tahniah buat Kelab penyokong Perak. Teman pun org Perak!