IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus FAM 2009.

Penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin menerima laba berganda apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus FAM di Hotel PJ Hilton kelmarin.

Pemain berusia 28 tahun itu, yang mengetuai barisan pemain Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA pada pertengahan tahun ini dan bakal mengetuai skuad Wira Merah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia hari Sabtu ini, membawa pulang dua trofi kristal dan hadiah wang bernilai RM 3,000.

Indra dipilih oleh juri yang terdiri daripada anggota Persatuan Jurulatih Malaysia, pihak media dan pihak FAM sendiri.

Negeri Sembilan yang akan berhadapan dengan Kelantan dalam final Piala Malaysia nanti turut mendapat suntikan semangat apabila pemain pertahanannya, Aidil Zafuan Abdul Radzak dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Selangor yang merangkul tiga kejuaraan musim ini iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan juara Liga Super menyaksikan jurulatihnya, K. Devan dipilih sebagai Jurulatih Terbaik manakala ketua pasukannya, Mohd Amri Yahyah diumumkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pula diumumkan sebagai Persatuan Bola Sepak Terbaik.

Farizal Marlias, yang bukan sahaja beraksi cemerlang ketika bersama Perlis malah ketika mewakili Malaysia dalam tugasan antarabangsa, dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik manakala pemain Harimau Muda, Mohd Muslim Ahmad dipilih sebagai Pemain Paling Berbakat.

Johor FC pula diiktiraf sebagai Kelab Terbaik manakala KL Plus menerima anugerah Kelab Penyokong Terbaik.

Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

PENJAGA GOL TERBAIK
- Farizal Marlias (PERLIS)
PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK
- Aidil Zafuan Abdul Razak (NEGERI SEMBILAN)
PEMAIN TENGAH TERBAIK
- Mohd Amri Yahyah (SELANGOR)
PENYERANG TERBAIK
- Indra Putra Mahayuddin (KELANTAN)
JURULATIH TERBAIK
- K. Devan (SELANGOR)
PEMAIN PALING BERBAKAT
- Mohd Muslim Ahmad (HARIMAU MUDA)
PEMAIN PALING BERNILAI
- Indra Putra Mahayuddin (KELANTAN)
KELAB PENYOKONG TERBAIK
- KL PLUS FC
PERSATUAN BOLA SEPAK TERBAIK
- Selangor

KELAB TERBAIK
- Johor FC

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)