IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Kelemahan Pertahanan Punca Kelantan Kalah Dalam Final Piala Malaysia?

Piala Malaysia sudahpun sampai ke kemuncaknya. Seperti semua orang sedia maklum, Negeri Sembilan berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas terpaksa menunggu lebih 60 tahun dengan menewaskan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir.

Selalunya orang akan berkata, pasukan yang kurang melakukan kesilapan pasti akan menang dan ternyata ayat itu menemui mangsanya Sabtu lalu.

Kelantan bukanlah sebarangan pasukan. Kemampuannya dalam saingan Liga Malaysia memang tidak boleh disangkal lagi. Kehadiran beberapa pemain dengan reputasi tinggi turut membantu meningkatkan keupayaan pasukan itu sebagai pencabar utama kejohanan tempatan.

Namun, disangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Pada ketika mereka dilabel pasukan pilihan, malangnya tarikh label itu sudahpun luput. Menyaksikan Kelantan bermain dalam perlawanan akhir itu seolah-olah menyaksikan sebuah pasukan serba tidak menjadi.

Hampir keseluruhan pemain pasukan Kelantan gagal bermain seperti biasa malah bertambah buruk barisan benteng pertahanannya turut melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehingga dihukum oleh barisan penyerang lawan.

Nazrul Erwan Makmur bukanlah seorang pemain yang baru berjinak-jinak dengan permainan bola sepak. Dia adalah antara pemain berpengalaman yang menganggotai skuad Kelantan. Pengalamannya bermain dengan beberapa pasukan termasuk Selangor sepatutnya memberikan kelebihan kepadanya untuk membimbing pemain-pemain lain namun kematangannya tidak terserlah malah dia turut gagal menangani kepantasan jenetera serangan lawan.

Bagaimanapun, pemain yang paling mendukacitakan pada malam itu adalah Mohd Zamri Ramli. Dua kesilapannya memberika dua gol kepada pasukan Negeri Sembilan. Gol pertama Shahurain Abu Samah diperolehi hasil kegagalannya mengawal bola di depan sendiri manakala gol ketiga lawan diperolehi selepas dia dipersalahkan kerana menjatuhkan Shahurain di dalam kotak penalti.

Gol kedua Negeri Sembilan yang dijaringkan oleh Hairuddin Omar turut menampakkan ketidaksefahaman pemain pertahanan Kelantan apabila tiada seorangpun yang mencabar penyerang itu untuk mudah menanduk masuk bola ke gawang Kelantan menewaskan Halim Napi.

Kelemahan pertahanan inilah yang dilihat menjadi penyumbang utama kejatuhan Kelantan dalam perlawanan akhir. Sebenarnya, situasi yang sama juga wujud pada tahun lalu kepada pasukan Selangor apabila mereka tunduk kepada Kedah dalam final Piala FA dan Piala Malaysia namun permasalahan itu berjaya diatasi dengan pengambilan Khairul Anuar Baharom untuk mengetuai barisan pertahanannya.

Bukanlah untuk mengajar pihak pengurusan Kelantan namun untuk menjadikan pasukan Kelantan lebih berdaya saing dalam Liga Malaysia tahun hadapan, mereka terpaksa mendapatkan seorang pemain yang benar-benar boleh mengetuai benteng pertahanan.

Tidak mahu menjadikan mana-mana pemain sebagai ‘kambing hitam’, adalah lebih baik jika ‘post mortem’ yang akan dijalankan kelak lebih mencari punca kenapa pemain-pemain Kelantan tidak bermain seperti yang dirancang. Apapun, Kelantan telah membuktikan yang mereka adalah pasukan yang tidak boleh dipandang ringan dalam saingan Liga Malaysia tahun hadapan.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)