Kelayakan Piala Dunia 2010 Semakin Hangat.
![]()
Semua benua di dunia akan mula sibuk dengan perlawanan-perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 yang berlangsung hari ini. Di kebanyakan benua, telah dijalankan perlawanan pusingan awal kelayakan bagi mengecilkan jumlah pasukan yang bertanding. Dua format digunakan untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya iaitu secara kalah mati dan secara liga.
Di benua Asia, sebanyak sepuluh pasukan berjaya melepasi halangan pusingan awal bagi membolehkan mereka berentap sesama sendiri untuk menentukan empat wakil dari Asia yang layak ke Piala Dunia 2010. Sepuluh pasukan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana mereka akan bermain mengikut format liga. Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Afrika Selatan manakala pasukan yang menduduki tempat ketiga akan berentap sesama sendiri. Pemenangnya akan bertemu pula wakil dari kawasan Oceania untuk merebut satu lagi tempat ke Afrika Selatan.
Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 benua Asia hari ini.

Bagi benua Eropah pula, perlawanan yang berlangsung hari ini adalah perlawanan pertama bagi kebanyakan pasukan. Hanya dua pasukan sahaja yang telah berlawan sebelum ini iaitu Kazakhstan dan Andorra di mana Kazakhstan telah memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-0. Benua Eropah diperuntukkan sebanyak 13 tempat dari 53 pasukan yang akan berentap di pusingan kelayakan.
Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 benua Eropah hari ini.

Benua Amerika Selatan pula menjalankan pusingan kelayakannya secara liga. Empat pasukan yang menduduki tempat teratas akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2010. Pasukan yang menduduki tempat kelima pula akan bertemu dengan pasukan yang menduduki tempat keempat kawasan CONCACAF bagi merebut satu lagi tempat ke Afrika Selatan. Setakat ini setiap pasukan telahpun melalui enam perlawanan di mana Paraguay kini sedang menguasai takhta liga diikuti oleh Argentina dan Colombia. Pasukan Brazil pula sekadar menduduki tangga kelima setakat ini. Ini bermakna perlawanan yang akan berlangsung hari ini adalah perlawanan ketujuh bagi setiap pasukan.
Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 benua Amerika Selatan hari ini dan esok.

Benua Afrika diperuntukkan dengan lima tempat di Piala Dunia 2010. Peruntukan kepada mereka bertambah kepada enam tempat jika kita mengambil kira tempat automatik yang dimiliki oleh Afrika Selatan selaku tuan rumah Piala Dunia 2010. Benua Afrika menggunakan format liga di mana 48 pasukan yang bertanding dibahagi kepada 12 kumpulan. Seterusnya jumlah ini akan dikecilkan lagi kepada 20 pasukan sebelum akhirnya hanya lima pasukan dari Afrika yang terpilih ke Piala Dunia 2010. Setakat ini, semua pasukan yang bertanding telah menempuhi empat perlawanan sebelum ini dan akan turun dalam perlawanan yang kelima hari ini.
Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 benua Afrika hari ini.

Bagi kawasan CONCACAF, mereka menggunakan format liga bagi memilih tiga wakil ke Piala Dunia 2010. Dari 35 pasukan yang bertanding, ia dikecilkan sehingga tinggal 12 pasukan yang kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan. Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Afrika Selatan manakala pasukan terbaik dari tiga pasukan yang menduduki tangga kedua pula akan bertarung dengan pasukan yang menduduki tempat kelima dari Amerika Selatan bagi menentukan wakil yang layak ke Piala Dunia 2010. Hari ini semua pasukan akan turun untuk bertarung dalam perlawanan kedua masing-masing.
Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 kawasan CONCACAF hari ini.

Di Oceania pula, mereka tiada peruntukan wakil automatik yang akan layak ke Piala Dunia. Sebaliknya, pasukan yang menjuarai takhta liga benua ini terpaksa pula berentap dengan wakil dari Asia bagi menentukan pasukan yang layak ke Afrika Selatan. Dari sepuluh pasukan yang bertanding, jumlah itu dikecilkan kepada empat pasukan. Empat pasukan ini akan berentap sesama sendiri bagi menentukan wakil Oceania untuk bertemu dengan wakil Asia nanti.
Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 benua Oceania hari ini.
![]()
| 3.0 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.