MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Kelantan Pencabar Kejuaraan Piala Malaysia.


Pasukan Kelantan hanyalah sebuah pasukan dari Liga Perdana. Mereka tidak pernah dipandang sebagai pasukan yang boleh mencabar sebarang kejuaraan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Peminat bola sepak tanah air sering beranggapan hanya pasukan Terengganu dan Pahang sahaja pasukan Pantai Timur yang berada dalam kumpulan elit Liga Malaysia.

Kelantan bukan sahaja sering gagal menampilkan persembahan yang baik dalam setiap kejohanan yang disertainya malah pasukan itu juga sering bergolak dengan masalah dalaman. Pasukan itu juga sering dirundung malang dan pengurusannya pula silih bertukar ganti. Pemain-pemainnya pula sering menjadi mangsa akibat sikap pengurusan yang tidak membayar gaji dan menjaga kebajikan pemainnya.

Musim ini sekali lagi Kelantan dipandang sepi tatkala pasukan-pasukan lain seperti Kedah dan Selangor diberi perhatian yang berlebihan oleh media massa negara kita. Namun pasukan Kelantan membuktikan sebaliknya. Walaupun hanya bermain di Liga Perdana tetapi pemain-pemain Kelantan menunjukkan kesungguhan yang amat tinggi untuk menyaingi pasukan-pasukan handalan yang lain. Tanpa pemain bintang sekalipun, Kelantan berupaya mencatat kemenangan demi kemenangan malah mereka berjaya menjaringkan jumlah gol terbanyak di kalangan pasukan Liga Perdana yang lain iaitu sebanyak 59 gol. Kelantan juga hanya tiga kali kalah dalam 24 perlawanan yang mereka harungi. Lebih manis lagi pemain importnya, Mouhamadou Moustapha muncul penjaring terbanyak Liga Perdana dengan sejumlah 27 gol manakala Mohd Badhri Radzi menjaringkan 9 gol untuk menduduki tangga ke-8 senarai penjaring gol.

Kedudukan Kelantan Dalam Liga Perdana.

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Perdana.

Walaupun hanya menduduki tempat ketiga Liga Perdana, pencapaian manis ini makin membakar semangat pemain-pemain Kelantan. Mereka menapak ke kejohanan Piala Malaysia dengan lebih yakin. Diundi dalam satu kumpulan bersama pasukan pilihan seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu, Kelantan kelihatan seperti pasukan kerdil. Namun, apabila kejohanan ini bermula, segalanya berubah.

Mereka bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada Sarawak dalam perlawanan pertama. Begitupun, selepas itu mereka tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus mencatat kemenangan demi kemenangan. Kemenangan yang paling menggemparkan apabila mereka membelasah pasukan Selangor 5-2 di tempat sendiri. Kemenangan itu membuka mata banyak pihak dan Kelantan kini mula diberi perhatian oleh pasukan lawan. Lebih membanggakan, kini mereka memimpin Kumpulan A meninggalkan pesaing-pesaing lain.

Pasukan Kelantan musim ini wajar dipuji. Tanpa kelibat pemain bintang sekalipun mereka tetap mampu muncul sebagai pencabar hebat untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia musim ini. Kekuatan Kelantan ternyata adalah pada ketinggian semangat berpasukannya. Semoga pasukan Kelantan akan terus sukses dalam perlawanan seterusnya dan menjadi pencabar yang disegani dalam kancah kejohanan Piala Malaysia kali ini.

Apa kata anda? Jumpa lagi.

Klik untuk melihat koleksi artikel.

Rate this:
2.5

1 Comment »

  1. Pingback by Penyingkiran Mouhamadou Beri Kesan Kepada Kelantan ? | Amirulcyber.com/bola

    [...] Kelantan Pencabar Kejuaraan Piala Malaysia. [...]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)