MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Kedudukan Malaysia Meningkat Empat Anak Tangga.

Kedudukan Malaysia kini di tangga 162! Ini berdasarkan senarai kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 6 Ogos 2008. Ini bermakna kedudukan Malaysia telah meningkat empat anak tangga dari kedudukan yang dikeluarkan pada Julai lalu. Kedudukan Malaysia sebelum ini adalah di tempat ke-166.

Berikut adalah kedudukan Malaysia dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA.

Di peringkat Asia, Malaysia menduduki tangga ke-29, naik empat tangga dari kedudukan ke-33 sebelum ini. Namun apa yang masih mengecewakan ialah Malaysia menduduki tempat ke-5 di kalangan negara Asia Tenggara. Thailand masih mendahului negara Asia Tenggara yang lain dengan menduduki tangga ke-112 di dunia dan tangga ke-15 di peringkat Asia. Ini diikuti oleh Singapura (ke-126 dunia dan ke-19 Asia), Indonesia (ke-147 dunia dan ke-22 Asia) dan Myanmar (ke-157 dunia dan ke-27 Asia). Vietnam yang sebelum ini berada di atas Malaysia merudum 41 anak tangga dan jatuh ke tangga 165 dunia dan ke-31 Asia.

Berikut adalah kedudukan Malaysia di peringkat Asia.

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)