Keane Dan Gerrard Bakal Direhatkan.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan bahawa Robbie Keane dan Steven Gerrard akan direhatkan ketika pertemuan menentang Tottenham Hotspur dalam saingan pusingan keempat Piala Carling hari ini. Selain itu, Jamie Carragher, Dirk Kuyt dan Xabi Alonso turut akan memanaskan bangku simpanan semasa perlawanan itu berlangsung.
Keputusan Benitez itu bermakna Keane tidak akan bertemu dengan rakan di kelab lamanya itu di mana dia meninggalkan kelab itu ke Liverpool dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta pound.
Benitez turut mengesahkan bahawa dia akan merehatkan beberapa pemain senior lagi, sebahagiannya telah bermain enam perlawanan dalam tempoh 18 hari. Bagaimanapun, beliau belum memutuskan siapa pemain-pemain tersebut.
“Adalah sukar untuk bermain dalam banyak perlawanan dan saya terpaksa menentukan pemain-pemain yang harus diturunkan mengikut kesesuaian sesuatu pertandingan. Sebahagian dari mereka boleh bermain dalam banyak perlawanan manakala sebahagian lagi perlukan rehat selepas bermain beberapa perlawanan,” kata Benitez.
“Gerrard adalah seorang darinya. Kuyt adalah antara pemain yang boleh bermain dalam banyak perlawanan. Begitu juga Alonso, Carragher dan Keane.”
“Kita perlu memahami bahawa ada antara pemain ini yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa juga. Saya percaya Keane telah bermain sejumlah 23 perlawanan setakat ini,” tambah Benitez.
“Kami tidak akan menurunkan pemain yang sama pada setiap perlawanan. Semua pemain adalah profesional dan saya yakin dengan mereka kerana mereka adalah pemain bola sepak antarabangsa. Adalah penting untuk memenangi sesuatu kejuaraan dan ini adalah peluang untuk melakukannya. Kami perlu bersedia dalam semua kejohanan yang kami sertai.”
“Orang bercakap tentang nama besar dalam pasukan tetapi apa yang penting adalah pemain yang bagus dan kami mempunyai pemain yang bagus untuk kejohanan Piala Carling ini.”
Salah satu nama besar yang tidak akan direhatkan ketika menentang Spurs nanti ialah Fernando Torres. Torres telah direhatkan sebanyak enam perlawanan sebelum dan hampir pasti diturunkan di White Hart Lane nanti.
| 3.1 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.