KBS Teruskan Penganjuran CYC.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan untuk meneruskan penganjuran Piala Juara-Juara Belia (CYC) tahun ini. Walaupun menghadapi beberapa masalah dalam penganjurannya namun KBS mengambil keputusan untuk membenarkan Gifted Group Limited (GGL) meneruskan penganjuran kejohanan ini yang akan berlangsung pada bulan depan.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa kini terpulanglah kepada GGL untuk menganjurkannya. Seperti yang kita semua ketahui, masalah penganjuran CYC timbul ekoran tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tidak mahu mengiktiraf kejohanan itu. FAM dikatakan tersinggung dengan sikap KBS dan GGL yang membelakangkannya dalam penganjuran kejohanan ini.

GGL kini mempunyai tanggungjawab yang berat kerana menjadi tugas mereka untuk mendapatkan pengiktirafan FAM yang merupakan syarat penting sebelum boleh menganjurkan kejohanan ini. Di pihak KBS pula, mereka sudah lepas tangan kerana menurut perjanjian yang dimeterai oleh kedua-dua belah pihak sebelum ini, KBS hanya bertanggungjawab menyediakan venue kejohanan dan menanggung kos penganjuran sebanyak RM 17 juta setahun. Kedua-dua tanggunjawab itu sudah ditangani KBS dan kini mereka menuntut agar GGL pula melunaskan tanggungjawab mereka.
KBS bertindak bijak dengan menghalakan masalah itu kepada GGL. KBS tidak mahu dipersalahkan andai kata kejohanan ini gagal dilaksanakan. Dengan kata lain, pihak GGL tidak boleh menyalahkan pihak KBS atau menuntut ganti rugi kos yang telah dikeluarkannya. Sebaliknya pihak KBS pula yang boleh menyaman atau menuntut semula sebahagian duit yang telah dikeluarkannya kepada GGL.
Permasalahan ini sebenarnya makin memeningkan kepala. Siapa yang betul dan siapa yang salah tidak dapat dirungkaikan. Pihak KBS mungkin telah mendapatkan pandangan dan nasihat Peguam Negara sebelum memutuskan sedemikian. Namun perlu diingati bahawa GGL juga mendapatkan khidmat guamannya sendiri. Sedangkan Pulau Batu Putih yang memang hak Malaysia pun boleh terlepas ke negara jiran apatah lagi dengan kes yang sebegini. KBS tidak boleh terlalu yakin dengan tindakannya itu kerana pihak GGL belum memberikan respon mereka.
Dalam perkembangan terbaru, GGL mengatakan bahawa keputusan KBS itu sudah terlewat. Pihak GGL kini sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas KBS. Maksudnya, GGL akan tetap menyaman KBS kerana menurut mereka sepatutnya pihak KBSlah yang perlu memohon pengiktirafan dari FAM.
Nampaknya kemelut ini akan terus berpanjangan. Rakyat sudah semakin bengang melihat cara ia dikendalikan. Mereka tidak peduli lagi bagaimana cara KBS hendak menanganinya. Apa yang penting, jangan sampai RM 17 juta hangus sebagaimana hangusnya maruah negara kita dek perbuatan orang kita sendiri yang pendek akal.
Komen anda ? Jumpa lagi.
Klik untuk lihat semua artikel.
| 2.5 |





















Pingback by CYC – KBS Akan Bawa Kes Ke Mahkamah. | Amirulcyber.com/bola
[...] KBS Teruskan Penganjuran CYC. [...]