MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Karnival Sukan AM-HQ 2008.

Bola Sana Sini minggu ini memaparkan aksi-aksi yang dirakamkan di Karnival Sukan AM-HQ yang telah diadakan pada 19 Julai 2008. Menurut pengirim, dua pasukan bertanding sesama mereka. Kedua-dua pasukan itu adalah CM United dan Garuda. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah street soccer (lelaki dan perempuan), badminton dan ping pong.

Dalam acara street soccer (lelaki), pasukan CM United menang setelah mengalahkan pasukan Garuda 2-1. Dalam acara street soccer (perempuan) pula, CM United turut muncul sebagai pemenang setelah menang 3-2 melalui sepakan penalti mengalahkan Garuda. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 sebelum perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Dari empat acara yang telah dipertandingkan, pasukan CM United muncul pemenang keseluruhan apabila menang tiga acara manakala pasukan Garuda hanya menang satu acara.

Berikut dipaparkan aksi-aksi menarik acara street soccer (lelaki dan perempuan) dan gambar kandid sepanjang karnival ini berlangsung yang berjaya dirakam lensa kamera pengirim berita ini.

Kiriman Bola Sana Sini minggu ini oleh Saudara One dari Petaling Jaya, Selangor.

riezer - Sebenarnya aktiviti sebegini bagus untuk mengeratkan hubungan antara pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan majikan. Diharapkan saudara One berpuas hati dengan paparan ini.

Sekiranya anda ada gambar-gambar aktiviti bola anda bersama rakan-rakan boleh e-melkan kepada kami ke alamat berikut :

riezda@yahoo.com

Rate this:
2.6

2 Comments »

  1. Comment by no imagetarrabas (Who am I?)

    apa maksud AM-HQ?
    ini jabatan kerajaan ker sekolah?
    tapi player sume da ‘oldtiime’?..semoga saudara dapat selesaikan persoalan ini..10q..

    Rate this:
    2.5
  2. Comment by no imageriezer (Who am I?)

    saudara tarrabas, AM-HQ tu salah satu jabatan bawah TNB. Tak kisah la dah old timer ke atau masih muda. yang penting aktiviti ini bagus untuk rapatkan hubungan kakitangan. kalau sdr tarrabas ada aktiviti bola pun boleh hantar ke e-mel riezda@yahoo.com.

    Rate this:
    2.6

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)