IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Kaka Mahu Jadi Sebahagian Sejarah Real Madrid.


Kaka mengakui adalah menjadi impiannya untuk menjadi lagenda di Real Madrid selepas dia diperkenalkan selaku pemain pertama yang dibeli kelab itu pada era baru ‘galacticos’.

Pemain antarabangsa Brazil itu telah diperkenalkan di hadapan 50,000 penyokong di Bernabeu hanya beberapa jam selepas membantu negaranya mempertahankan kejuaraan Piala Konfederasi FIFA 2009.

Kaka secara rasminya menyertai kelab Sepanyol itu sebelum pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo turut mengikuti jejaknya dengan rekod perpindahan dunia sebanyak 80 juta pound. Itu bermakna, perpindahan Kaka yang bernilai 56 juta pound dari AC Milan yang tertinggi ketika itu hanya bertahan beberapa hari sahaja. Namun, kehadiran pemain bernilai tinggi tidak akan berakhir di bawah pimpinan Florentino Perez sebagai Presiden kelab itu.

Pemain serba boleh berusia 27 tahun itu akan memakai jersi bernombor 8. Dalam majlis memperkenalkannya, pemain itu di bawa ke pentas yang dihiasi dengan sembilan trofi kejuaraan Eropah yang pernah dimenangi kelab itu, skrin gergasi dan latar pentas yang memaparkan gambar empat lagenda Real seperti Raul, Juanito, Di Stefano dan Zinedine Zidane.

Kaka dikaitkan dengan beberapa kelab sejak enam bulan yang lalu, termasuk Chelsea dan Manchester City tetapi dia memilih Real Madrid sebagai pilihan pertamanya.

Kehadiran Ronaldo juga tidak mendatangkan kegusaran kepadanya. Sebaliknya dia berharap kehadiran beberapa nama besar lagi ke Real Madrid akan mencerahkan peluang kelab itu merangkul kejuaraan besar musim depan.

Pemain pertahanan Sepanyol, Raul Albiol yang menyertai Real dengan nilai 15 juta pound dari Valencia pula dijangka akan diperkenalkan kepada khalayak pada penghujung minggu ini.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)