Kaka – Saya Lebih Selesa Kekal Di AC Milan.

Bintang Brazil, Kaka percaya adalah lebih munasabah dia kekal di AC Milan selepas cuba dipujuk menyertai Manchester City, pada ketika dia turut diburu oleh Real Madrid untuk perpindahan pada musim panas nanti.
City yang ditunjangi oleh jutawan Abu Dhabi cuba mendapatkan tandatangan Kaka ketika pintu perpindahan pemain dibuka pada Januari lalu yang pada ketika itu bakal memecahkan rekod dunia sekitar 109 juta pound.
Kaka bagaimanapun mengambil keputusan kekal di AC Milan dan kini mendakwa yang dia telah membuat keputusan yang tepat, di samping turut mengenepikan cadangan untuk menyertai Real Madrid pada musim panas nanti.
“Saya kata tidak pada tawaran Manchester City kerana saya telah mencapai banyak kejayaan bersama Milan,” kata Kaka. “Setelah saya menerima layanan yang baik di sini adalah munasabah saya kekal di sini,”
“Adalah sukar untuk bercerita tentang masa depan kerana apa sahaja bolah berlaku nanti, jadi saya hanya boleh bercakap tentang apa yang saya rasa. Saya sukakan pasukan ini, saya sayangkan bandar ini dan saya ingin bermain di sini buat satu tempoh yang panjang.”
“Real Madrid adalah pasukan yang menakjubkan dengan barisan pemain yang berkualiti, tetapi saya tidak pernah berkata akan meninggalkan Milan.”
“Saya merasakan adalah penting untuk membina pasukan ini dengan barisan pemain yang telah bermain bersama dalam satu tempoh yang lama tetapi kadang kala penyertaan muka baru juga penting buat pasukan ini,” tambah Kaka.
“Maldini, Pirlo, Ambrosini dan Gattuso adalah antara pemain yang berpengalaman dalam pasukan ini. Saya fikir Ambrosini atau Gattuso akan menjadi ketua pasukan Milan yang baru sekiranya Maldini bersara. Sudah tentu saya juga ingin merasai nikmat memakai lilitan tangan ketua pasukan Milan satu hari nanti.”
| 3.1 |








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.