MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Jual Beli Pemain Kian Rancak di EPL.

Musim baru Liga Perdana Inggeris(EPL) kini hampir membuka tirainya semula. Musim lalu, kelab Manchester United mengungguli EPL setelah menerima saingan sengit tiga penjuru dari kelab Chelsea, Arsenal dan Liverpool. Kelab-kelab lain seperti Everton, Aston Villa, Blackburn Rovers, Portsmouth dan Manchester City tidak kurang hebatnya dan sering menghasilkan keputusan-keputusan sensasi ketika bertemu kelab-kelab tersebut.

Memandangkan musim baru akan bermula tidak lama lagi, kelab-kelab di England telah mula berlumba-lumba menjual dan membeli pemain mengikut keperluan dan citarasa masing-masing. Tujuannya sudah pasti untuk memperkuatkan kelab masing-masing di samping untuk mencabar kejuaraan EPL.

Berikut adalah antara urusan jual beli pemain-pemain di EPL.

Liverpool.

Pengurusnya Rafael Banitez telah berjaya mendapatkan dua pemain pertahanan baru. Pemain Itali Andrea Dossena yang bermain dengan kelab Udinese telah dibeli dengan harga RM 38.6 juta. Pemain antarabangsa Switzerland iaitu Philipp Degen pula berpindah secara percuma dari kelab Jerman iaitu Borrusia Dortmund. Terbaru, Banitez telah mendapatkan penjaga gol dari kelab Palmeiras, Diego Cavalieri yang difahamkan melibatkan kos 3 juta pound (RM 19.2 juta). Sebaliknya, Liverpool telah menjual penyerangnya Peter Crouch ke Portsmouth dengan nilai RM 70.6 juta. Selain itu, Harry Kewel juga telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan kelab Galatasaray dari Turki. Liverpool juga telah bersetuju melepaskan pemain mudanya  Danny Guthrie ke kelab Newcastle United. Kini Banitez dipercayai cuba mendapatkan Robbie Keane dari kelab Totenham Hortspurs setelah gagal mendapatkan penyerang Valencia iaitu David Villa.

Arsenal.

Membeli pemain muda dari kelab Marseille dari Perancis iaitu Samir Nasri. Perpindahan itu dikatakan melibatkan nilai RM 77 juta. Selain itu, Arsenal juga mendapatkan khidmat pemain kelab Cardiff dari Wales Aaron Ramsey yang hanya berusia 17 tahun. Pengurusnya, Arsene Wenger bercadang untuk menggandingkan kedua-dua pemain ini dalam musim baru EPL nanti. Sebaliknya, Arsenal telah melepaskan Alexander Hleb untuk bermain dengan kelab Barcelona di Sepanyol. Ada ura-ura mengatakan bahawa AC Milan berminat untuk mendapatkan penyerangnya Emmanuel Adebayor. Gilberto Silva pula dikatakan hampir pasti berhijrah ke kelab Panathinaikos dari Greece.

Chelsea.

Kini mempunyai pengurus baru iaitu Luiz Felipe Scolari. Mengikat Deco yang sebelum ini bermain di kelab Barcelona. Nilai perpindahan Deco dikatakan bernilai RM 52.02 juta). Kini nasib dua pemainnya masih tidak ketahuan. Frank Lampard dikatakan berminat untuk bermain dengan kelab Inter Milan dari Itali yang bakal dibimbing oleh jurulatih barunya Jose Maurinho. Didier Drogba pula sedang cuba dipancing oleh seteru Inter Milan iaitu AC Milan.


Manchester United.

Tiada jual beli pemain setakat ini. Cuma kini heboh kisah Cristiano Ronaldo yang beria-ia minta dilepaskan supaya dia boleh menyertai kelab Real Madrid dari Sepanyol. Jika perpindahan ini direstui Manchester United, yuran perpindahannya dikatakan bakal memecahkan rekod dunia. Bagaimanapun, isu ini reda sedikit setelah Ronaldo menjalani pembedahan di Belanda akibat kecederaan di kakinya. Terbaru, Ferguson sedang berusaha mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Bulgaria yang bermain untuk Totenham iaitu Dimitar Berbatov. ManU dikatakan menawarkan yuran perpindahan sebanyak 20 juta pound untuk memikat Berbatov.

Aston Villa.

Berjaya mendapatkan pemain Chelsea, Steve Sidwell untuk menyertai mereka pada musim baru nanti. Perpindahan ini dikatakan melibatkan nilai sebanyak 5 juta pound. Terbaru, Villa juga dikatakan berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol dari Amerika Syarikat iaitu Brad Guzan. Penyertaan Guzan di Aston Villa melibatkan nilai perpindahan sebanyak 2 juta pound.

Blackburn Rovers.

Mengikat bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler untuk bermain dengan mereka. Fowler sebelum ini bermain dengan kelab Cardiff City di Wales dan bercadang menandatangani kontrak baru setahun bersama kelab itu. Bagaimanapun, Cardiff bersetuju melepaskan Fowler ke Blackburn demi kebaikan kerjaya pemain itu.

Begitulah sedikit sebanyak urusan jual beli pemain untuk musim baru di EPL. Namun urusan ini masih berlangsung dan penghijrahan pemain-pemain terkenal dunia masih dinanti oleh peminat-peminat bola di seluruh dunia. Bagaimanapun, keputusan muktamadnya pasti terletak di tangan pemain dan pengurusan kelab itu sendiri. Pepatah ada mengatakan, perahu sudah di air dan pendayung sudah ada di tangan. Oleh itu, terpulanglah kepada mereka untuk menentukan perjalanan kerjaya masing-masing.

Jumpa lagi di artikel lain.

Klik untuk lihat koleksi artikel.

Rate this:
2.5

1 Comment »

  1. Pingback by Ronaldo Kekal Di Old Trafford. | Amirulcyber.com/bola

    [...] Jual Beli Pemain Kian Rancak Di EPL. [...]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)