Jaring Dua Gol Namun Ronaldo Kecewa Dilayangkan Kad Merah.
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendakwa kad merah yang diterimanya ketika Real Madrid mengatasi Malaga 2-0 dalam saingan La Liga adalah tidak adil buatnya di sebalik insiden patah tulang hidung yang dialami Patrick Mtiliga akibat hayunan tangannya.
Ronaldo yang menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Madrid sebelum insiden hitam itu berlaku pada minit ke-70, telah meminta maaf dari Mtiliga selepas perlawanan tetapi tindakannya membantah keputusan pengadil itu mengundang kemarahan kem Malaga.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Madrid, Jorge Valdano percaya pengadil sepatutnya hanya memberikan teguran keras kerana Ronaldo seorang penghibur dan ‘hanya ingin bermain’.
Insiden itu berlaku apabila Ronaldo menghayunkan tangannya ke muka Mtiliga ketika dia berusaha keras melepasi kawalan pemain pertahanan Denmark itu.
Jurulatih Malaga, Juan Ramon Lopez berkata yang Mtiliga mungkin terpaksa berehat selama tiga minggu.
Itu adalah kad merah kedua buat Ronaldo bersama Real Madrid di mana kali pertama dia dilayangkan kad merah adalah ketika menentang Almeria bulan lalu.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.