Inter Milan Tumbang Angkara Ronaldinho.

Jose Maurinho merasai pangalaman pertama pertembungan dua Milan dalam saingan Serie A musim ini. Bagaimanapun, Maurinho terpaksa menelan kepahitan apabila pasukannya tewas 0-1 kepada AC Milan sekaligus kekalahan pertama Inter Milan sejak berada di bawah bimbingan Maurinho. Ronaldinho yang sering memanaskan bangku simpanan kerana prestasi tidak menentu, membalas kepercayaan Carlo Ancelotti dengan menjaringkan gol kemenangan buat AC Milan. Kekalahan ini juga menyebabkan Inter gagal mempertahankan kedudukan pendahulu Serie A selepas dipintas oleh Lazio yang menang 3-1 ke atas Torino dalam perlawanan yang berlangsung sebelum itu. Nasib Inter bertambah malang apabila dua pemainnya dibuang padang dalam perlawanan itu.


Perlawanan antara dua Milan ini adalah yang ke-269 dan ianya berlangsung agak sengit. AC Milan membuat percubaan pertama pada minit ke-14 menerusi Gianluca Zambrotta namun percubaannya tinggi di atas palang. Tiga minit kemudian, giliran Inter pula mencuba nasib menerusi Zlatan Ibrahimovic. Bagaimanapun rembatan penyerang Sweden itu gagal menewaskan penjaga gol AC Milan, Christian Abbiati. Gol yang dinanti-nantikan akhirnya menjelma pada minit ke-37. Gol itu berpunca dari gerakan Kaka yang membuat hantaran ke depan gol sebelum Ronaldinho menanduk kencang ke dalam gol Inter. Gol itu adalah pertama dari Ronaldinho buat AC Milan sejak dia berpindah ke kelab itu.


Nasib malang Inter berterusan apabila dua pemainnya diarahkan meninggalkan padang ketika permainan menuju ke penghujung perlawanan. Nicola Burdisso menerima kad kuning keduanya pada minit ke-77 selepas dia mengasari Kaka. Seorang lagi pemain Inter, Marco Materazzi turut diarahkan keluar padang lima minit kemudian selepas pemain itu membantah keputusan pengadil perlawanan.
Berikut adalah keputusan perlawanan Serie A yang berlangsung semalam.

| 3.0 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.