MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Inter, Barca dan Chelsea Perlu Satu Kemenangan Lagi.

Kemenangan dalam perlawanan awal pagi nanti akan membawa Barcelona, Chelsea dan Inter Milan ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah. Ketiga-tiga kelab itu kini mendahului kumpulan masing-masing di mana Barca berada di tangga pertama Kumpulan C dengan rekod bersih tiga kemenangan berturut-turut.

Juara Serie A, Inter Milan boleh memastikan tempatnya dalam kelompok 16 pasukan jika mereka berjaya memahat kejayaan ketika menentang Anorthosis Famagusta hari ini. Bagaimanapun, Inter akan turun tanpa kelibat penyerang Brazil, Adriano. Pengurus Inter, Jose Mourinho membuat keputusan menggugurkan pemain itu angkara masalah disiplin yang menghantui pemain itu. Situasi itu bagaimanapun tidak menjejaskan persiapan Inter untuk menghadapi perlawanan itu. Kedudukan di tangga ketiga Serie A juga menggambarkan bahawa mereka berada dalam prestasi yang amat baik untuk menewaskan kelab Cyprus itu.

Barcelona pula hampir pasti berada dalam kelompok 16 pasukan berdasarkan rekod baiknya dalam Liga Juara Eropah. Hari ini mereka akan menentang kelab Switzerland, FC Basel di Nou Camp selepas membelasah kelab itu 5-0 ketika aksi di Basel dua minggu lalu. FC Basel juga kalah kesemua perlawanannya dalam kumpulan itu menyebabkan Barca diletakkan sebagai pilihan utama untuk memenangi perlawanan itu. Tambahan pula Barca kini berada di prestasi terbaik dengan mengepalai La Liga buat masa ini.

Naib juara Liga Juara Eropah musim lalu, Chelsea yang sedang mendahului Kumpulan A akan terbang ke Itali untuk bertemu dengan AS Roma. Keadaan terkini Roma yang agak merudum prestasinya memudahkan Chelsea untuk mencatat satu lagi kemenangan ke atas kelab itu selepas menang 1-0 pada aksi pertama di Stamford Bridge dua minggu lalu. Roma kini menduduki tangga ke-17 dalam saingan Serie A dan hanya mencatat dua kemenangan dari sembilan perlawanan. Chelsea pula mendapat semangat tambahan ekoran kejayaannya merampas kembali takhta EPL dari Liverpool Sabtu lalu. Mereka juga mendapat perkhabaran terbaru bahawa Didier Drogba sudah cergas sepenuhnya sekaligus memberikan lebih pilihan kepada Luiz Felipe Scolari untuk menamakan kesebelasan utamanya. Tambahan pula penyerang utamanya, Nicolas Anelka sedang berada dalam prestasi terbaik maka jentera serangan Chelsea pasti akan lebih bernafsu dalam perlawanan menentang Roma nanti.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)